Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, Januari 25, 2012

Jangan menyombong diri

Jangan menyombong diri by OnezPhotography
Jangan menyombong diri, a photo by OnezPhotography on Flickr.


Via Flickr:
1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.



Jangan menyombong diri dengan kecantikan sebab akhirnya ia reput di dalam tanah
Jangan menyombong diri dengan keperkasaan dan kegagahan diri kerana akhirnya yang tinggal hanya tulang temulang
Jangan menyombong diri dengan kerjaya dan jawatan yang tinggi kerana akhirnya kita semua hamba yang hina
Jangan menyombong diri dengan kereta yang mewah bergaya kerana akhirnya keranda juga kenderaan terakhir kita
Jangan menyombong diri dengan rumah banglo yang tersergam indah kerana akhirnya lubang kubur juga kita berada
Jangan menyombong diri dengan teman lelaki/wanita yang bergaya kerana akhirnya ulat dan cacing juga teman yang setia
Jangan menyombong diri dengan pakaian yang mahal-mahal kerana kain kapan juga yang akan membaluti kita
Jangan menyombong dengan makanan yang lumayan dan menyelerakan kerana makanan syurga yang terbaik dan kekal abadi
Jangan menyombong dengan bibir yang pandai berpidato kerana akhirnya hanya anggota badan menjadi saksi
Jangan menyombong dengan ilmu tanpa amalan kerana akhirnya ia menjadi beban
Jangan menyombong dengan isteri yang jelita, mungkin isteri sahabat anda bidadari di syurga
Jangan menyombong dengan wangian yang mengujakan kerana sebaik-baik wangian adalah mulut orang yang berpuasa
Jangan berbangga dengan tebal dan beratnya rantai emas kerana rantai neraka jauh lebih berat timbangannya
Jangan berbangga dengan coretan anda yang menghias majalah kerana al Quran jua yang kekal di sisi Allah
Janganlah membangga diri kerana diri ini pun hanya pinjaman

Ada beratus lagi alasan kenapa menyombong diri amat memudaratkan.

Ya Allah, ampuni dosa kami. Jauhi kami dari sikap takbur, sombong dan bongkak. Sesungguhnya kami menjadi saksi bahawa Rasullullah pernah bersabda " Bahawa jika ada perasaan riak di dalam diri anak nabi Adam as sebesar biji sawi, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga. Nauzubillah.. Moga Allah beri kami petunjuk.'

Siapalah kita hendak menyombong diri. Kadang-kadang elok kita duduk diam-diam dan berfikir sejenak bahawa kita ini benar-benar hamba yang daif.

-copy paste ciplak-
something to share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails