Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Jumaat, Disember 30, 2011

Kesilapan Umat Islam Pada Hari Jumaat





Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Ahad, Disember 25, 2011

Banyak bersabar





Kita kena banyak bersabar, sometimes kita mungkin ada kesilapan atau kelemahan yang perlu dibaiki yang kita sendiri tak perasan,
Kita selalu kena munasabah diri kita, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat kita setiap musibah yang berlaku...
kita kena menilai balik setiap musibah yang berlaku..mesti ada setiapnya ada sebab munasabahnya...

Kalendar Islam & Masihi




Penukaran Tarikh





Sila masukkan tarikh Hari, Bulan dan juga Tahun dan pilih pilihan penukaran tarikh. (Masehi ke Hijrah or Hijrah ke Masehi).








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails