Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Isnin, September 21, 2009

Raya ooo Raya...




 Gambar family .. kuning oren
Dari kiri : Aku, kak long, Edi adik bongsu aku, Mak, Ayah, Kak Ira , Abang Epi

Raya ooo raya....erm... nampak nya raya tahun ni keluarga aku x cukup sorang.. hahahha... tinggal 7 je... kakak aku tahun ni x balik terengganu.. coz beraya dengan suami kat perak..
 Erm.. tema tahun ni raya warna kuning oren ..warna macam diRaja laa pulak... tahun ni seperti biasa macam tahun2 lepas pi beraya ke umah sanak saudara pada raya pertama...  sebelum pi beraya.. pi ziarahi kubur ...   Lepas tu rumah pertama pi beraya mesti la rumah nenek aku...memang wajib tiap2 tahun...dan beraya laa rumah sanak saudara dari pagi sampai laa petang...  fuuu penat gile beraya..

Tapi dalam beraya ada gak satu tragedi yang mengerikan... time 2 aku tengah drive  kete .. ternampk laa satu kemalangan jalan raya... dua orang budak bleh dikatakan budak sekolah rendah laa.. seorang budak terdampar ditengah jalan raya dengan dikepala darah banyak yang terkeluar dan satu lagi tercampak lebih kurang 4m dari situ.. aku tengok betul2 depan mata aku... naik bulu roma ble tengok, time tu kejadian tu baru je berlaku... kedua-dua budak 2 disahkan meninggal dunia.. kali kedua aku lalu situ lepas balik dari beraya.. pihak polis baru nak bawa mayat tu ke hospital.. lebih kurang 3 jam laa juga.. erm.. mesti mak ayah dia sedih coz kehilangan dua orang anak di hari raya... sedekah kan Al-fatihah utk mereka dan sesiapa saje.. AL-FATIHAH...




Ni gambar makanan di rumah nenek aku..
satay..laksa...ketupat pun ada..mcam2 ada




Ni gambar pak & mak saudara aku sebelah ayah sekali laa dengan nenek aku yang tengah 2



Raya kedua ...duk umah je ...rumah terbuka.. tunggu orang datang beraya umah kita.. seperti biasa laa .. kitaorang buat mee soto.. memang dah glamour dengan mee soto... so.. kena bangun awal laa kena siapkan cepat2 mee soto nie... sebelum sanak saudara ku datang menyerbu rumah ..masakan siap semua pada jam 9 pagi.. penat gak... kena potong ayam... bancuh jus manga & oren... goreng-menggoreng..


mee soto.. 


aku nak pi potong ayam tapi sempat lagi posing gambar



Okay laa tu sahaja crita aku utk hari raya pertama & kedua... tata..
Selamat hari raya..


Sabtu, September 19, 2009

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik …kepada kawan baik kita
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik…!!!!!

Jumaat, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Bagi lisan ku yang tidak terjaga

Janji ku yang terabai

Hati ku yang berprasangka

Sifatku yang pernah menyakiti hati..

Pohon ampun ku pinta

Maafkan salah silap ku



SALAM AIDILFITRI

Sempena hari lebaran bakal menjelang tiba..aku juga ingin menyusun sepuluh jari kaki & tangan aku yang masih cukup lengkap Alhamdullillah memohon sejuta keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun terutamanya kepada sahabat2 yang terdekat dengan aku. Maafkan segala kekasaran, kesilapan, ketelanjuran, keganasan dan semua yang menyingung perasaan Sanubari Yang Suci Murni. Semoga Ikatan persahabatan kiti ini akan berkekalan


MAAF ZAHIR & BATIN

Allah SWT telah berfirman:

"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah An-Nuur 24:22)



The Introduction

Assalamualaikum & selamat sejahtera....

Ni boleh dikatakan first time laa aku buat blog nie... Saje try... dulu ada gak pernah cuba buat tapi ntah2 tiba stop.. kali ni aku nak aktif balik buat blog nie... aku buat ni harap2 dapat mendatangkan faedah laa sket2 utk aku dan jugak utk korang nie... Maklumlaa dunia dah maju...duk depan laptop je leh dapat +++

tgh bosan2 duk kat umah ni tiba2 ada internet plak .. so aku try laa buat blog nie...okay laa tu saje utk intro... x ada idea nak tulis.. perut tgh lapar... dah dekat nak buka puasa dah nie... akhir kata.. Salam Ramadhan... Selamat Berpuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails