Memaparkan catatan dengan label Kisahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisahku. Papar semua catatan
Khamis, Ogos 12, 2010
Magic pada FIRST RAMADHAN ..??
Hari ni dah masuk second ramadhan, Sekarang jam diPC aku menunjukkan pukul 5 pagi, waktu aku sahur... nampaknya x ada apa2 nak dimakan untuk sahur.. so aku minum air je. Bila teringat kan kisah semalam, aku rasa bertapa besar Kuasa Allah..Kisahnya bermula macam ni..
Semalam, aku menaiki Komuter untuk menuju ke KL Central dari stesen Padang Jawa,Selangor. So, aku park la moto aku di stesen Padang Jawa. Aku kunci la moto aku bermanggakan SOLEX di bahagian BREAK DISC. Aku sangat Rushing nak pi sana.. Dah la salah masuk komuter dibahagian LADIES ONLY.. Malu betul rasa nye.. terpaksa buat-buat bodoh je..Sampai di KL Central, aku cepat2 kluar dari tempat tu.. Nak dipendekkan cerita, time nak balik ke Shah Alam, aku baru perasan yang kunci moto aku terjatuh kat tempat aku duduk tadi swaktu nak pi ke KL Central.. Puas aku mencari x jumpa gak.. sampai la waktu berbuka, so aku pun berbuka dengan air sirap yang aku pau kat KFC (free je).Lepas solat maghrib, aku terus balik ke stesen padang jawa, pergh.. lama gak tunggu komuter kat Stesen Padang Jawa ni, perut dah lapar gile nie.. sabar..sabar.. Dalam komuter terpaksa plak berdiri.. penat..penat..Komuter plak asik2 offline je.. Sampai dalam pukul 9, dalam otak aku tengah pikir macam mane nak pecahkan kunci Mangga solex ni sambil2 tu try calling2 member2 minta bantuan.. tapi hampir semuanye x dapat sampai bateri dua-dua handphone aku pun dah nak habis dah. Yang member sudi tolong aku ni plak, pi solat tarawih.. terpaksa aku tunggu dia habis solat tarawih baru dapat gergaji nak potong mangga tu. Pastu terdengar la aku, kat masjid padang jawa tu buat solat tarawih.. So, aku pi la solat Isyak and sunat Tarawih 8 Rakaat.. Setiap kali abis solat, aku berdoa agar kunci mangga aku dapat buka. Abis je 8 rakaat, aku try call member2 aku.. tapi bateri dah nak abis ni.. Sedeh nye rasa.. Tiba-tiba aku ternampak la sebiji batu yang terletak berhampiran dengan moto aku, tadi sebelum aku pi solat rasa macam x ada.So aku ambil bata ni untuk ketuk mangga ni,tapi sebelum ketuk aku berselawat dan menyebut kebesaran ALLAH. Hanya 1 Kali ketuk je mangga tu dah terburai.. Tiba-tiba hati aku rasa sangat-sangat sebak.. aku x tau kenapa... ? Magicnya.. kunci Mangga Solex tu mudah sangat ke nak buka?? Bila di fikirkan.. air mata aku mengalir.. baru aku tahu.. semuanya dari pertolongan ALLAH kat aku.. kenapa tiba-tiba batu tu boleh berada disebelah moto aku.. and hanya sekali ketuk je dah boleh buka?? ke SOLEX tu low quality ke?... aku pun balik dengan selamat nya... Syukur...
Rabu, Julai 14, 2010
Bukakanlah Pintu Rezekiku...
Pagi ini, aku buka internet, aku fikir-fikir kenapa laa aku tidak dapat kerja lagi, pastu aku try laa search kat google mengenai rezeki , banyak benda gak yang aku dapat, baru la aku paham kenapa pintu rezeki aku tidak buka lagi.. disini aku nak kongsi skit kat korang beberapa perkara mengenai pintu rezeki nie. Antaranye..
Sabtu, Julai 03, 2010
Kerja...oh ... kerja...
Bulan Julai dah masuk dah... aku rasa bersyukar sangat.. rezeki datang bergolek.. Hari ni ada trainer.. best pi jalan-jalan sekitar Ukay Perdana...jumpa macam-macam orang.. seronok.. My supervisor ok.. funny guy.. suka buat lawak.. friendly la.. hari juga aku dapat kerja la.. seronok la dapat keje ni walaupun x ada kaitan dengan course aku Mechanical Engineering ..Pelik kan..?
Kerja aku ni berkaitan kepada planning business .Bagi aku kan, nak cari pengalaman x kira apa pun yang aku dapat sebab seblum ni aku pernah berdoa yang keje aku dapat first, akan aku terima dengan redha. Esok 3hb Julai 2010 aku dah start keje tapi lepas aku terima keje ni, banyak pulak panggilan interview..5 hb, 6 hb dan lastly 8hb. Tapi mcm mana aku nak pergi interview nie?? Takkan aku dah nak minta cuti sedangkan aku baru masuk keje, 5hb ada lima interview,tu laa aku cakap rezeki datang bergolek fikiran aku pun dah kusut!!!
Sukar nya rasa aku nak buat keputusan. 5 interview, aku patut pilih 2 daripada lima.. So, 6hb and 8hb aku x dapat pergi interview kerana aku perlu cuti satu hari je. So, aku pilih 5hb untuk hadiri 5 interview tapi kena pilih 2 terbaik... redha je.. Bagi aku, mana dapat mungkin itu rezeki aku, kalau x dapat terimalah hakikatnye. Nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang telah banyak berdoa untuk aku terutama kepada mak dan ayah aku yang sentiasa disisiku hati..LOVE YOU ALL

Langgan:
Catatan (Atom)