Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, Julai 14, 2010

Bukakanlah Pintu Rezekiku...



Pagi ini, aku buka internet, aku fikir-fikir kenapa laa aku tidak dapat kerja lagi, pastu aku try laa search kat google mengenai rezeki , banyak benda gak yang aku dapat, baru la aku paham kenapa pintu rezeki aku tidak buka lagi.. disini aku nak kongsi skit kat korang  beberapa perkara mengenai pintu rezeki nie. Antaranye..


1. Sentiasa menjaga solat/puasa/zakat/haji jika mampu

aku ni jaga solat ke?? kadang-kadang subuh aku selalu terlajak, tapi mulai hari ni, aku berjanji dekat diri aku, aku akan solat tepat pada waktunye...)

2. Tunaikan solat Isyra’ dan Dhuha
* Waktu Isyra’ ialah 28 minit selepas Syuruk (Naik matahari) dan Dhuha pula lebih kurang setengah jam selepas waktu Iysra’


Baru aku tau, pasal solat Isyra' tapi selama ni aku x pernah buat pun.. ada sape2 tau? pastu aku try tengok kat internet pasal solat Isyra' ni dia yang aku dapat :

"Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra’* (Syuruk). Sebenarnya waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh bila anak unta rasa panas duduk di atas tanah. Lebih kurang pukul 10 atau 11 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor.
Sembahyang Sunat Isyra’ ialah sekitar 15-20 minit selepas waktu Syuruk"









Teringat aku zaman sekolah menengah dulu, aku rajin jugak buat solat Dhuha time rehat.. tapi sekarang, aku dah x amalkan.. bila difikirkan balik ,teruknya diri aku sekarang... patut laa Allah masih x bukakan pintu rezeki aku.. InsyaAllah, aku berjanji aku sentiasa tunaikan solat Dhuha ni..

3. Buat solat sunat sepertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi). Pada jam 3 pagi kandungan oksigen di bumi adalah paling tinggi, suhu bumi berada pada keadaan paling minimum. Pada jam 3 pagi juga tidur manusia adalah paling nyenyak dan pada waktu ini Malaikat Jibril berada paling hampir dengan bumi. Dan paling utama doa paling makbul pada waktu ini

3 pagi? aku boleh bangun tapi time WORLD CUP aku bukannya pergi solat sunat ke..solat hajat.. tapi aku pergi tengok bola.. MasyaAllah.. Menyesalnya aku x guna kan peluang untuk bersolat.. aku lalai..leka..
Aku harap kali ni aku dapat mengerjakan solat sunat sepertiga malam.. semoga aku mudah nak banguna dan bersolat.


4. Banyakkan bersedekah untuk mensucikan rezeki
Aku ni mudah ke bersedekah?? Teruk nya diri aku... aku harap lepas ni aku rajin-rajin bersedekah...

5. Bangun pagi-pagi dan beri haiwan makan. Contohnya bagi burung-burung makan roti


6. Rapatkan diri dengan al-Quran. Selalu baca al-Quran. Faham tak faham belakang kira
InsyaAllah, aku berjanji pada diriku, akan tidak meninggalkan Al-Quran .. akan baca setiap kali selepas solat 


7. Amalkan surah al-Waqiah, al-Kautsar, Ayat Seribu Dinar dan baca al-Fatihah 41 kali


Hafal dan Baca Doa Pembuka 12 Pintu. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu. InsyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan


 Kalu nak tau lagi try klik sini :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails