Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Sabtu, Januari 28, 2012

Mahar Hantaran : Adat Vs Ibadat.



"kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu Kalau tak selagi tu jangan harap mahu kahwin" Kata si ibu wanita pada lelaki yg hendak mengahwini anaknya. Tergaman dibuatnya bakal menantu...

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yg mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yg mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yg mana melahirkan banyak kesan samping yg membimbangkan.

Isu yg diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak tapi terlalu banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yg terlalu tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yg boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom 'segan' kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

Jangan Adatkan Ibadat.

Allah Taala berfirman yg bermaksud : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yg layak berkahwin dari hamba yg lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” [Surah an-Nur 24:32]

Bagi wanita yg mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Rasulullah S.A.W maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yg sedikit bukan bermaksud merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yg didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yg membebankan pihak lelaki yg menyediakan dan juga pihak wanita yg menunggu perlu ditangani.

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan.

Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri dan bukannya harga yg ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar Bukan Harga Jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga 'terlajak' umur antara lingkungan 40-45 tahun yg menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

Tidak mustahil menantu akan berdendam dengan mertua kerana meletakkan mahar yg terlalu tinggi semasa dia hendak mengahwini isterinya itu. Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yg akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Rasulullah S.A.W bersabda, diantara doa Nabi Daud as adalah : "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yg mencintai Mu dan aku memohon kepada Mu perbuatan yg dapat membawa ku kepada cinta Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta Mu lebih ku cintai daripada diriku dan keluarga ku serta air dingin." [Hadith Riwayat at Tirmidzi dari Abu Darda/3828]

copy paste ciplak
Something to share

2 ulasan:

  1. Nice entrybawk..bdah lama saya cari entri macam ni.. Mohon izin nak share ea..

    BalasPadam
  2. boleh aje... ni pown share dari yang lain.. sama-sama kita kongsikan...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails