Ahad, Januari 29, 2012
NASIHAT IMAM AL- GHAZALI
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah
lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu
yang telah... mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa
dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan