Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, Januari 27, 2010

Untukmu sahabat...




Kawan???
Mungkin semua orang di dunia ini ada kawan walau seorang.
Itu tetap kawan namanya.
Tapi berapa ramai kawan yang bernama kawan sejati.
Tapi berapa ramai sahabat yang kita ada yang betul2 sahabat.
Untung lah Wahai sahabatku sekalian yang mempunyai sahabat bukan di waktu senang sahaja malahan di waktu bersedih..
Hargailah Sahabat sedemikian kerana dalam seribu kawan mungkin hanya seorang sahaja sahabat sejati yang kita ada.
Hargailah Persahabatan...

Menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.



Sumber :
Nur Jeehan

Selasa, Januari 26, 2010

Lelaki dan tulang rusuknya..



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).



Kamu, tulang rusukku!



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena

tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI

mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita

untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis

untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam

kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka

menjadi membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian

dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu

mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah

pertengkaran WANITA lari keluar rumah.



Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya

lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara

spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata

bukan tulang rusukku!!!"



Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI

menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang

air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,

bertekad untuk berpisah.



"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita

berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .



Lima tahun berlalu.. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri

tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan

bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,

sepertinya.



Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan

sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia

merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.. Di airport, tempat di

mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya

oleh sebuah dinding pembatas.



LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.



Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah

seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk

kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar

bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang

telah dengan bodohnya dia patahkan.

....



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita

cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.. Seringkali penyesalan itu

datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan

kita, semua sudah terlambat... .



Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata

kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira

merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.

Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.



Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Khamis, Januari 14, 2010

SEORANG GADIS ITU



Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.



Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ..

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Rabu, Januari 13, 2010

Orang Kata. Atuk Kata, Aku Rasa



ORANG KATA..
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..




ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..





ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu.. 




ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA..
betul jugak tu..





ORANG KATA..

successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari
semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..

yup... .tepat sekal


Kamu rasa pe plak?? Fikirkan laa

Selasa, Januari 12, 2010

jika WANITA itu IKAN


IKAN SALMON
Bentuknya ramping, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi
sayangnya mahal, biaya operasinya tinggi.
INI WANITA BEKERJAYA.....

IKAN SAPU-SAPU
Jenis ini murah dan selalu melekat di kaca akuarium. Kalau dah melekat,
susah nak 'melepaskan'.
INI GADIS BIASA......

IKAN LELE
Kalo yang ini harganya murah dan boleh dimakan bila-bila saja. Tapi
hati-hati, ada durinya dan harus hati-hati.
INI GADIS JALANAN.......

IKAN AROWANA
Kalau yang ini senangnya berenang-renang di akuarium memperlihatkan
kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya yang indah, renangannya lemah
gemalai dan memancing mata nakal melihatnya di manapun dia berada.....
So pasti harganya sangat mahal kalau ingin memilikinya,....
INI WANITA EXCLUSIVE........

IKAN EMAS
Jenis ikan ini juga mahal, indah bentuknya, warnanya, dan
lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dikagumi, tak boleh dimakan kerana
terlalu besar risikonya.....
INI BINI ORANG.......

10 CIRI2 LELAKI Yg M'JADI IDAMAN KAUM women.. BETUL KE?


10. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yangkami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukanmasuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengarbegitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, biladah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduhyang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri t ak perasan..

9. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupunkurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasamenghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampaisakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-katamanis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

8. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - 
Kebebasan tu bukankebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasanyang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaumperempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yangdikehendaki,kecuali t ey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

7. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritik an terutama tentang masakankami. Sebab... ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalaumereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le... !!!

6. LELAKI YANG WANGI -
  Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O; apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

5. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


4. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nakmengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masukdalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberikelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makansebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

3. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yangamat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan paduyang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masabersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabilamereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hatitidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perutmereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan... !!

2. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanitapilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atauundian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amatmemahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjagaanak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiahterbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk... lebih baik... beralah kan..

1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelak i yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasaveto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensemdaripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Vetoyang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelakiyang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain ituwanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawansuami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yangtak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuticarta tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal...
Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKIIDAMAN... . bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataankan... jadi... kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiaraata... pun..ehsan Cik Tona jugak ni... iaitu mutiara kata yang berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILALIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

kisah...sebuah perpisahan..

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.
Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?
Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400
Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"
"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.
"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"
"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"
Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".
Aku terkedu tak terkata.
Moral of the story : kalau dah nak kawen tuh... ingat2 laa same... .xkan nak bawak bantal bucuk lagi kot... hehehe!!!

Rabu, Januari 06, 2010

HATI & PERASAAN



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka

Selasa, Januari 05, 2010

KISAH SEPOHON POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita...

Ahad, Januari 03, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU Buat Iman




Selamat Pengantin baru buat sahabat seperjuangan ku, 
Mohd Nurul Iman Mohammad Zaman
Semoga bahagia bersama isteri tersayang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails