Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
definisi Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Internet telah mendatangkan banyak manfaat kepada manusia malah mendatangkan kemudharatan. Penggunaan perkhidmatan Internet berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi. Kini, manusia boleh menggunakan internet tidak kira tempat mereka berada.
Melalui pemerhatian yang mudah, pengguna perkhidmatan ini boleh dibahagikan kepada 3 golongan berdasarkan tujuan & niat mereka menggunakannya :
- Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Golongan ini bertujuan merealisasikan konsep Amar Maaruf & Nahi Munkar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada pendakwah,ustaz-ustaz & manusia secara amnya yang ingin berkongsi ilmu. Peluang ini dijadikan mereka sebagai salah satu perkara yang dapat menambahkan amalan soleh mereka.
- Golongan yang menghabiskan masa mereka menghadap komputer dengan bermain 'game', mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, 'merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
- Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.
Mari kita bertanya & bermuhasabah, di manakah kita tergolong. Tepuk dada, tanya iman. Kesimpulannya, setiap perbuatan adalah berdasarkan niat. Sabda Rasulullah;
إنما الأعمال بالنيات وكل امرئ ما نوى
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan"
Sumber artikel:
www.iluvislam.com
Bersama-sama kita bermuhasabah.
Saya dan anda golongan yang mana?
Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap komputer.
Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.
Atau anda golongan yang ketiga? Awas! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.
Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.
Kesimpulannya,
Berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.
(al-Baqarah, 2 : 148)
nice entry ^_~
BalasPadam