Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, Disember 23, 2009

AVATAR



Dalam kisah  aksi fantasi "Avatar", James Cameron, pengarah "Titanic", membawa kita ke dunia baru yang spektakuler di luar imajinasi kita. Pada jarak yang jauh dari bumi terdapat satu dunia yang dikenali Pandora, merupakan sebuah bulan daripada planet Polyphemus, sekitar 4,3 tahun cahaya dari Bumi.

Cerita protagonis, Jake Sully, adalah marine yang tercedera dan lumpuh dari pinggang ke bawah dalam pertempuran di Bumi. Dalam rangka untuk mewujudkan program Avatar, yang akan memberinya tubuh yang sihat, Jake bersetuju untuk perjalanan ke Pandora, sebuah persekitaran hutan hujan yang rimbun penuh dengan bentuk-bentuk kehidupan yang luar biasa - yang indah, tetapi banyak menakutkan. Pandora juga merupakan rumah bagi Na'vi, sebuah ras humanoid yang hidup pada apa yang kita anggap sebagai suatu tingkat primat, tetapi mereka sebenarnya jauh lebih berkembang daripada manusia. Sepuluh kaki tinggi dan berkulit biru, yang Na'vi hidup harmoni di dalam dunia murni. Tetapi sebagai manusia melanggar batas Pandora mencari mineral berharga, menyebabkan kewujudan Na'vi terancam - dan mereka mengeluarkan kemampuan askar. 

Karena manusia tidak dapat menghirup udara di Pandora, mereka telah mencipta manusia secara genetik-dibesarkan -Na'vi hibrida yang dikenali sebagai Avatar. Avatar hidup, bernafas tubuh di dunia nyata, yang dikendalikan oleh fikiran manusia melalui teknologi yang menyambung pemandu Avatar fikiran kepada tubuh. Di Pandora, melalui tubuh Avatar, Jake boleh berdiri dan berjalan sekali lagi.  Jake begitu gembira dan teruja dengan program ini. 
Dalam misi mengkaji, Jake diserang binatang di Pandora dan dia telah sesat. Kemudian di bertemu dengan seorang wanita Na'vi. Jake telah dibawa ke tempat tinggal golongan Na'vi . Pada mulanya, dirinya tidak diterima tetapi dia diberi peluang. Jake terpaksa belajar cara kehidupan golongan tersebut sehingga dirinya diterima oleh semua golongan Na'vi. Akhirnya, dia jatuh cinta dengan seorang wanita Na'vi muda, Neytiri, anak ketua golongan tersebut.



Jake akhirnya keliru dengan kehidupannya, dan dia lebih gemar hidup dengan Avatar.  Ingin tahu lagi pasal cerita ini, pergilah tengok kat wayang tu, anda pasti terasa puas hati dengan pergambaran dan kehidupan2 di Pandora dan apa kesudahan cerita ini, pasti syoknya...





Aril - Menatap matamu

 

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Ahad, Disember 13, 2009

Rahsia Tahi Lalat

bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah tercapai cita-cita
biji mata kanan suka serong dan pembohong
biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
punggung kanan agak mengalami kesulitan
punggung kiri malas dan suka duduk
betis kanan suka berhibur, boros
betis kiri rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
kening kanan cerdas dan cekap
kening kiri cerdas, sopan santun
tengah kening keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri suka berpoya-poya
ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri kehendak kuat
batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung banyak rezeki
dagu bawah kanan jujur dan baik hati
dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
tumit kanan jujur dan banyak kawan
tumit kiri baik budi
alis kanan suka menolong, baik hati
alis kiri ramai yang suka
pangkal peha kanan kemahuan kuat
pangkal peha kiri suka kerja apa pun
telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
jari kaki kanan suka menolong
jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan setia dan taat pada atasan
lengan kiri menepati janji dan rajin
pipi kanan ramai teman
tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri ramai teman
ubun-ubun kurang jujur
pusat cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri disayang pasangan hidup
dada kanan dapat mengatasi masalah
dada kiri berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri baik budi pekertinya
siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri baik hati, suka menolong
jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah agak malas
kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana

Khamis, Disember 10, 2009

Sebulan yang memenatkan


Salam, lama juga aku dah tak online ni, boleh dikatakan sebulan laa.. Lama juga kan... ? Apa yang aku buat ek? Meh kita tengok ... JOM~~
28 Oktober 2009Paper pertama final exam, subjek killer – Control System. 
Time exam ni, aku demam. Besar sungguh dugaan aku time nak jawab paper ni, tapi Alhamdullillah, dengar izinNya, aku dapat juga jawab dengar selamat.
6 November 2009 -  Hantar report FINAL YEAR 1 & siapkan Mechanical Design Product Car Shelter
Lepas exam subjek Control system, aku terus kena siapkan report aku yang mana aku tinggal. Bertungkus lumus juga la aku buat. Sampai ada x tidur malam, sebab kena buat banyak analysis untuk design Produk.  Subjek yang paling banyak buat aku pening kepala. Maklum la, kena aplikasikan apa yang aku belajar dari awal semester hingga sekarang. Tapi seronok sebab dapat hasil kan satu produk. Thanks kepada ahli groupaku kerana bertungkus lumus menyiapkan produk ni.




Dari kanan : Hilmi, Wan Kadir, Onez (aku), Ayie , Wan Rahim
10 November 2009 – Final exam subjek “ Microprocessor”
Aku ada masa 3hari utk buat revision subjek ni, Subjek yang tinggi juga orang fail. Boleh dikatakan semester lepas 70 peratus yang fail.  Nak pecah otak aku study subjek ni, tapi nasib baik ada McD roommate aku yang paling terror la dalam subjek ni. Thanks Mcd kerana banyak membantu.
12 -14 November 2009 -  Sambung siapkan product “Car Shelter”
15 November 2009 – Presentation produk
16 November 2009 -  Product Evaluation


Alhamdullillah, semua berjalan lancar, semua ahli group memberikan present yang terbaik dan mendapat pujian dari pensyarah. Good team work.
18 November 2009 – Final Year Project presentation
Presentation aku mengambil masa 40 minit. Banyak pulak soalan2 yang ditanya oleh pensyarah penilai. Sedih juga sebab tidak dapat jawab satu soalan . Otak dah tidak boleh berfikir lagi



19-23 November 2009  - Latihan FOMDEX  di Dengkil
Latihan yang paling aku rasa paling teruk management nya selama 3 tahun yang aku pernah hadiri. Aktiviti tidak best.. Tapi malam last paling gempak sebab ada letupan yang memang gempak la.
24 November – 5 Disember 2009 – Menguruskan Latihan Tahunan bagi Kadet PALAPES cawangan KD Sri Klang.
Sungguh penat & menguji ketahanan mental untuk menguruskan latihan ini. Terpaksa beraya disana. Maklum la sedia berkorban untuk agama, Negara dan bangsa.
Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar & sangat memuaskan. Thanks kepada semua yang terlibat

Jugra Pulapes 




Latihan Menembak
(Aku yang ketiga dari kanan)


6 Disember 2009 – Sword Barrel ( Majlis Perkahwinan Iman & Muliana)





 Sword Barrel



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails