Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Khamis, Disember 10, 2009

Sebulan yang memenatkan


Salam, lama juga aku dah tak online ni, boleh dikatakan sebulan laa.. Lama juga kan... ? Apa yang aku buat ek? Meh kita tengok ... JOM~~
28 Oktober 2009Paper pertama final exam, subjek killer – Control System. 
Time exam ni, aku demam. Besar sungguh dugaan aku time nak jawab paper ni, tapi Alhamdullillah, dengar izinNya, aku dapat juga jawab dengar selamat.
6 November 2009 -  Hantar report FINAL YEAR 1 & siapkan Mechanical Design Product Car Shelter
Lepas exam subjek Control system, aku terus kena siapkan report aku yang mana aku tinggal. Bertungkus lumus juga la aku buat. Sampai ada x tidur malam, sebab kena buat banyak analysis untuk design Produk.  Subjek yang paling banyak buat aku pening kepala. Maklum la, kena aplikasikan apa yang aku belajar dari awal semester hingga sekarang. Tapi seronok sebab dapat hasil kan satu produk. Thanks kepada ahli groupaku kerana bertungkus lumus menyiapkan produk ni.




Dari kanan : Hilmi, Wan Kadir, Onez (aku), Ayie , Wan Rahim
10 November 2009 – Final exam subjek “ Microprocessor”
Aku ada masa 3hari utk buat revision subjek ni, Subjek yang tinggi juga orang fail. Boleh dikatakan semester lepas 70 peratus yang fail.  Nak pecah otak aku study subjek ni, tapi nasib baik ada McD roommate aku yang paling terror la dalam subjek ni. Thanks Mcd kerana banyak membantu.
12 -14 November 2009 -  Sambung siapkan product “Car Shelter”
15 November 2009 – Presentation produk
16 November 2009 -  Product Evaluation


Alhamdullillah, semua berjalan lancar, semua ahli group memberikan present yang terbaik dan mendapat pujian dari pensyarah. Good team work.
18 November 2009 – Final Year Project presentation
Presentation aku mengambil masa 40 minit. Banyak pulak soalan2 yang ditanya oleh pensyarah penilai. Sedih juga sebab tidak dapat jawab satu soalan . Otak dah tidak boleh berfikir lagi



19-23 November 2009  - Latihan FOMDEX  di Dengkil
Latihan yang paling aku rasa paling teruk management nya selama 3 tahun yang aku pernah hadiri. Aktiviti tidak best.. Tapi malam last paling gempak sebab ada letupan yang memang gempak la.
24 November – 5 Disember 2009 – Menguruskan Latihan Tahunan bagi Kadet PALAPES cawangan KD Sri Klang.
Sungguh penat & menguji ketahanan mental untuk menguruskan latihan ini. Terpaksa beraya disana. Maklum la sedia berkorban untuk agama, Negara dan bangsa.
Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar & sangat memuaskan. Thanks kepada semua yang terlibat

Jugra Pulapes 




Latihan Menembak
(Aku yang ketiga dari kanan)


6 Disember 2009 – Sword Barrel ( Majlis Perkahwinan Iman & Muliana)





 Sword Barrel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails