Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di
hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan
kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa
menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku
terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.
Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah
silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang
terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu
berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah
lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam
sebuah luka di hatiku.
Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku
pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah
ke fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?
Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah
mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah
mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400
Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di
dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam,
kejam, kejaaaaam"
"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam
hatiku seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu
bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.
"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk
kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia
bersama? Apa kata Milah nanti?"
"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan
Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah
kami, mak, ayah?"
Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah
berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak
bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".
Aku terkedu tak terkata.
Moral of the story : kalau dah nak kawen tuh... ingat2 laa same... .xkan nak bawak bantal bucuk lagi kot... hehehe!!!
hye..
BalasPadamhhehehe..
bez entry nih..
wah kamu sam je ngn my bf..
same..
da bantal bcuk..
ehhehe
dont know how to say..
its too hard..