Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Sabtu, Mei 05, 2012

SOLAT:- TERAPI PENYEMBUHAN SEMULAJADI









ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA MENGETAHUI :
RAHSIA SOLAT & RAHSIA ALAM YANG KITA PATUT TAHU :- 

SOLAT:- TERAPI PENYEMBUHAN SEMULAJADI

Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi..


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya....

Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year....

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam..sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.










Makna-makna ayat yang dibacakan dalam solat 

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH Maha Besar dan segala puji bagi ALLAH dgn banyaknya
Maha suci ALLAH spnjang pg dan ptg
Aku hadapkn wajahku bg Tuhan yg mncipta langit dan bumi,
Dgn suasana lurus dan berserah diri dan ak bukan dari golongn org musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku
Adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kpdku diperintahkn utk tidak menyekutukan bgNya dan aku dr golongn org Islam. – DOA IFTITAH

Dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.
Sgla puji bg ALLAH, Tuhan semesta alam.
Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.
Yg Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yg kami sembah dan hnya kpd Engkau kami memohon pertolongn.
Tunjukilah kami jln yg lurus,
Iaitu jln org2 yg Engkau kurniakan ni’mat kpd mereka, bkn jalan mreka yg Engkau murkai dan bukan jalan mereka yg sesat. – AL FATIHAH

Maha Suci Tuhanku Yg Maha Mulia dan dgn sgla puji-pujiannya. –RUKUK

ALLAH mndgr pujian org yg memujinya. – IKTIDAL

Maha suci Tuhanku yg Maha Tinggi dan sgla puji-pujiannya. – SUJUD

Ya ALLAH, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angktlah darjatku,
Rzkikan daku,
Berilah daku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akn daku. – DUDUK ANTRA DUA SUJUD

Sgla pnghormatan berkat solat yg baik adalah untuk ALLAH.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat ALLAH serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ALLAH yg soleh.
AK naik saksi bhwa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan ak naik saksi bhwasanya Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. – TAHIYAT AWAL

Sgla pnghormatan berkat solat yg baik adalah untuk ALLAH.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat ALLAH serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ALLAH yg soleh.
Aku naik saksi bhwa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan ak naik saksi bhwasanya Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkn ke atas Ibrahim dan ats kluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atasnya sbgaimana Engkau berkati keatas Ibrahim dan kluarga Ibrahim di alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lag Maha Agung. – TAHIYAT AKHIR

YA ALLAH, berilah ak ptunjuk sbgimana org2 yg telah Engkau tnjuki.
Sjahterakanlah aku sbgimana org2 yg telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah ak sbgimana org2 yg telah Engkau pimpin.
Berkatilah hndaknya untukku apa2 yg telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hnya Engkau shjlah yg mnetapkn dan tidak sesiapapn yg berkuasa mnetapkn dan tidak sesiapapn yg berkuasa mnetapkn sesuatu selain drpd Engkau.
Sesungguhnya x terhina org yg memperolehi pimpinanMu.
Dan x mulia org2 yg Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, Ya Tuhan kami dan Maha Tnggi Engkau.
Hanya utk Engkau shjlah sgla puji thdp apa2 yg telah Engkau tetapkn.
Dan ak minta ampun dan bertaubat kpd Engkau.
Dan ALLAH rahmatilah Muhammad, Nabi yg ummi dan sejahtera keatas kluarganya dan sahabat2 nya. - QUNUT



"Daku berlindung dari sebarang keburukan dan fitnah juga berharap keberkatan dan keampunan dariMu ya Allah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails