10. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yangkami
cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukanmasuk
telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengarbegitulah yang
biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, biladah membebel,
panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduhyang kami ni dj
baru thr dot fm..kesalahan sendiri t ak perasan..
9. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami;
walaupunkurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni
sentiasamenghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata
sampaisakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya
kata-katamanis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki
akan menjadi penawar segala bisa.
8. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu
bukankebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi
kebebasanyang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai
perabot, kaumperempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan
yangdikehendaki,kecuali t ey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum
saja.Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
7. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah
saja untuk mengeluarkan kritik an terutama tentang masakankami.
Sebab... ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,mereka
bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalaumereka
maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan
masakan.Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak
sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le... !!!
6. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada
kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi
perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O; apalagi
yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak
markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan
berendamlah dalam botol minyak wangi.
5. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan
perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk
kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang
disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang
dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang
perempuan-perempuan lain.
4. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke,
nakmengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang
masukdalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang
memberikelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai
makansebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai
wanita tu..!!
3. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yangamat
diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan paduyang amat
padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masabersidang
mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabilamereka mula
bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hatitidak sesekali akan
bertindak tegas atau mengacau biarpun perutmereka waktu itu sudah
berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu
menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan... !!
2. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu
bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama
wanitapilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan
atauundian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini
amatmemahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus
menjagaanak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah
hadiahterbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk... lebih baik... beralah kan..
1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelak i
yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan
kuasaveto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan
hensemdaripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa
Vetoyang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada
lelakiyang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain
ituwanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa
kawan-kawansuami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut
perangai yangtak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum
wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan
bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
ADA APA-APA PERBEZAAN Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuticarta
tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal
atau kebal...
Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKIIDAMAN... .
bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataankan... jadi...
kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiaraata... pun..ehsan
Cik Tona jugak ni... iaitu mutiara kata yang berbunyi...
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILALIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan