Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Isnin, April 02, 2012

Minum Berdiri







Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.


---Dari segi kesihatan----



Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.


Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.


Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.


Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.



Terus menuju kandungan air kencing.


Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).


Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.


Benar, penyakit kristal ginjal.


Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.


Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.


Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".


Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."


Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.


Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.


Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.


Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.


Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.


Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.


Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.


Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.


Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.


Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.


Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.


Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.


Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:


"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."


Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."


Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.


Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,


"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).


Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!









Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..


Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.


Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.


Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.


Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.


INGAT AIR MASAK...
yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....


“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.


~Surah Al-’Asr.


Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.


Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.


Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!


Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

4 ulasan:

  1. saya budak medic. Bukan nak poyo ke ape, tapi selama 6 tahun sy belajar, sy tak pernah dengar mana2 part of anatomy nama "sfringer"...

    BalasPadam
  2. http://scienceray.com/biology/ecology/danger-of-drinking-while-standing/

    BalasPadam
  3. Ok! Sfringer tu tuan tuan dalam bahasa mudahnya boleh diistilahkan sebagai 'filter' didalam tubuh badan kita. Fungsinya adalah untuk menyaring setiap air yang kita minum. Jadi apa kaitannya dengan entri pasal sky jus dan minum secara duduk? rahsianya adalah sfringer hanya melakukan tugas semasa kita duduk sahaja ye tuan tuan dan puan puan. Maksudnya disini, apabila kita minum secara berdiri sfringer tidak akan berfungsi dan secara langsung air yang kita minum TIDAK akan disaring dan akan masuk secara direct ke saluran ureter.

    Setakat ni faham tak? kalau tak faham sila baca penerangan diatas dan ulang 30 kali sehingga hafal. Sebaik sahaja air yang kamu minum masuk secara terus dan tulus ke saluran ureter maka akan terjadilah proses pengendapan dan kemudian jadilah coco crunch. erk?! bukan ea.. ok bukan coco crunch ye adik adik, tuan tuan dan puan puan sekalian, apa yang terhasil adalah penyakit kristal ginjal atau batu karang. (eyh, sama ke penyakit tu? korang cek sendirilah sebab aku pun tak pasti)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak. kalau awak bukan doktor atau professor biologi, awak jangan buat cerita. Air yang diminum, disaring dalam usus besar dan ginjal. BUKAN DI DALAM PERUT ATAU ESOPHAGUS. Springer tak wujud dalam kamus perubatan, namanya bukan springer tetapi "SPHINCTER". Sphincter ni terletak di antara esophagus dan perut. Usus besar terletak selepas perut. Sphincter ni fungsinya untuk elakkan air dan makanan daripada tertolak balik ke mulut selepas makanan & minuman kita berada di dalam perut. Kalau sphincter kita rosak, kita akan senang kene reflux, iaitu senang muntah selepas makan. BUKAN AIR TAK DAPAT DISARING!!!

      Air yang masuk ke ureter akan disaring oleh ginjal. Jadi, tak kisah la kita duduk ke baring ke berdiri ke, air akan diserap di dalam usus besar, ginjal & saluran darah. TAKDE KENE MENGENA DENGAN "SPHRINGER" DI SINI YE TUAN TUAN DAN PUAN PUAN! sebab sebenar kita tak digalakkan minum semasa berjalan atau baring, ia mmg boleh merosakkan sphincter kita, tapi bukan merosakkan penyerapan air ke dalam badan atau saluran kencing, tapi menyebabkan kita tak boleh telan makanan dengan sempurna dan senang muntah. Tapi kalau minum berdiri dan tak bergerak, masih lagi tiada kesan sampingan yang memudaratkan.

      TOLONG JANGAN SPREAD FAKTA-FAKTA PALSU!

      Padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails