Hadith :
Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda:”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti
anjing (tidur).”
Sebahagian daripada disiplin solat adalah
melaksanakan
setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut
kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh
diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa.
Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat
unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana
solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah
dalam solat adalah pilihan Allah, bukannya pilihan manusia dan
ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih
daripada itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat
daripada Allah. Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud.
Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di
kedudukan itu darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah
sekali. Berbeza dengan sirshasana (headstand) yang dikenali juga sebagai
Raja Yoga atau King of Yoga. Dalam kedudukan ini seorang pengamal yoga
akan meletakkan kepalanya ke bumi dan di peringkat kemuncaknya akan
meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Ia sangat baik untuk
kesihatan. Namun begitu kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh
semua orang. Berbeza dengan sujud kebaikannya sama, tetapi sujud dapat
dilakukan oleh hampir semua orang. Ringkasnya, solat adalah lebih baik
daripada yoga mahupun meditasi kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan
wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang
memerlukan disiplin yang kuat. Seseorang yang hendak bersolat wajib
membersihkan jiwanya dari kesyirikan terlebih dahulu sebelum memasuki
solat untuk mengesakan Allah S.W.T.
Sumber
: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan