Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Ahad, Februari 14, 2010

Hari Kasih Sayang - Valentine Day ? Ape maksudnya??





Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa besar beliau ialah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 FEBUARI 270 Masihi, begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga beliau dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14 FEBUARI disambut setiap tahun oleh rakyat Kristian Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal usul Hari Valentine:

PENDAPAT PERTAMA: Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 FEBUARI sebagai hari cuti bagi orang Juno; Ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 FEBUARI bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut,  nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannnya di sepanjang pesta berlangsung.

PENDAPAT KEDUA: menyatakan pada 14 FEBUARI 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu, Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 FEBUARI 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 FEBUARI dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

PENDAPAT KETIGA: menyatakan bahawa Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan  hasrat untuk berkahwin  dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cardova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katholik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannnya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 FEBUARI sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.
Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.



Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip agama Islam yang tidak membenarkan umat Islam meniru identiti atau cara hidup agama lain, lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan akidah Islam. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam
Surah al-Kafirun ayat 1 -6  yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.”

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?
Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

-- Fikir-fikirkan wahai sahabat --

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails