Pembohong
sememangnya memenuhi sekalian alam di muka bumi ini tanpa mengira
bangsa,bahasa mahupun agama.Kadang kala kita sendiri juga tidak
terlepas daripada melakukan pembohongan.Bagaimana pula jika anda
menanyakan sesuatu kepada seseorang dan anda berasa was-was dengan
jawapan yang diberikan.Jangan risau.,disini disediakan kepada anda
tip-tip mengenal pasti orang yang anda tanyakan itu berbohong atau
tidak.
Menyentuh hidung
Apabila
seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi
darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai
kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap
menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada
sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila
berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.
Gagap
Apabila
seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan
tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa
petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.
Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap
untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya
itu.
Pergerakan mata
Orang
yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat
pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari
kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan
dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan
banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal
sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang
yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta
pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang
yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila
seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan
tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya,
sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita
perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.
Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau
tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda
orang tersebut berbohong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan