Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Khamis, April 15, 2010

Aku Insan Yang Lemah




Ya Allah Ya Maha Mulia,


Aku insan yang lemah


Yang sering lelah dalam nafasku sendiri ,
Aku  memerlukan kekuatan


Untuk menghadapi sisa-sisa hidup


Yang sukar dibatasi


Kerana kemodenan arus duniawi


Yang semakin hapus kearah ukhrawi.



Ya Allah Ya Maha Agong,


Aku insan yang lemah


Yang sering sesat dalam hembusan kabus tak beralas..
Kuatkan semangat hambamu ini


Dalam mengatur langkah di dunia ini,


Aku insan lemah…


Namun tak pula aku ingin lemah


Untuk selama-lamanya..
Aku harap aku akan kuat..


Biar aku jadi kuat


Untuk buat kebaikan..


Dengan itu aku berusaha..



Ya Allah Yang Mendengar,


 Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..
Redhailah aku..


Dengarkanlah rintihan lemahku ini
“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”


Isikan hatiku dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidahku untuk memujiMu,
Indahkanlah mataku melihat ciptaanMu,
Maniskan mulutku ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kakiku ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telingaku ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupanku dengan nur iman Mu,
Bersihkan hatiku untuk menggapai redhaMu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails