Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan
Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh
pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum
menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat
iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat
Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi
besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint
Valentine. Jasa besar beliau ialah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di
Cardova, Sepanyol pada 14 FEBUARI 270 Masihi, begitu bermakna bagi Ratu
Isabella sehingga beliau dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru,
14 FEBUARI disambut setiap tahun oleh rakyat Kristian Cardova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal usul Hari Valentine:
PENDAPAT PERTAMA: Hari Valentine bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 FEBUARI sebagai hari cuti
bagi orang Juno; Ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 FEBUARI bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom
di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas
kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam
bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannnya di sepanjang pesta
berlangsung.
PENDAPAT KEDUA: menyatakan pada 14 FEBUARI 270 Masihi, St. Valentine
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja
Claudius II (268-270M). Pada waktu itu, Raja Claudius telah membatalkan semua
perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan
orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan
tersebut, St Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 FEBUARI 270 Masihi. Bagi
memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam
menghadapi cubaan hidup, maka 14 FEBUARI dijadikan sebagai hari memperingati
kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
PENDAPAT KETIGA: menyatakan bahawa Hari Valentine diambil
daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan
Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah
di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu
kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat
Cardova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katholik yang tidak boleh
berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak
boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin
dengan pasangannnya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu
memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14
FEBUARI sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Dalam bahasa Perancis Normandia,
pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau
cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang
berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada
tanggal 14 Februari.
Secara kesimpulannya Valentine Day
ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak
akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat
dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
Berdasarkan
fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan sebuah perayaan yang
menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan
prinsip agama Islam yang tidak membenarkan umat Islam meniru identiti atau cara
hidup agama lain, lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan akidah Islam. Ini
berdasarkan firman Allah swt dalam
Surah al-Kafirun ayat 1 -6 yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang
kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu
beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu
agama kamu dan bagi aku agamaku.”
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan
mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?
Mari kita renungkan Hadis Rasulullah
s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran
ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
-- Fikir-fikirkan wahai sahabat --