Jumaat, Julai 09, 2010
Jalan-jalan Syurga
Kisah ni saya dapat dari kawan-kawan melalui emel. Mari sama-sama kita kongsi.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Ahad, Julai 04, 2010
Tips Jaga Mata ..
So disini aku nak bagi tips la skit kat korang.Beberapa dari kita tentu memiliki kebiasaan untuk bekerja berlama-lama di depan monitor PC, betul kan?? Maklumlah zaman berteknologi mesti mengadap depan screen laptop or PC entah untuk bekerja atau melakukan hal lain seperti bermain game dan browsing. Hasil nya efek mata penat dan kepala pening pun tak dapat dihindari. Walau banyak yang menganggap fakta ini tidak sepenuhnya benar, namun kenyataannya hal ini tetap mempengaruhi kesihatan mata kita. Efeknya, kita mengalami sedikit kesulitan untuk memfokuskan objek pandang, dan sebagainya. Hal ini berpunca dari ancaran radiasi monitor yang terlalu lama saat kita bekerja.
Seperti dikutip detikINET dari softpedia, Isnin (14/9/2009) berikut ini adalah beberapa tips menghindari mata lelah, saat berada di depan monitor:
1. Jaga jarak pandang dari monitor.
Berada terlalu dekat dengan monitor memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik. Jarak yang disarankan adalah sekitar 20-40 inchi (50-100cm) dari mata.
Jika kita masih kesulitan membaca padahal monitor sudah berada pada jarak 20 inchi, cobalah untuk memperbesar font kita hingga kita merasa nyaman.
2. Singkirkan CRT, Beralih ke LCD
Monitor tabung (CRT) memang memberi efek yang lebih buruk dibanding LCD, selain energi yang dibutuhkan juga lebih besar. Cobalah mengganti monitor CRT kita dengan LCD.
Namun harga monitor LCD memang lebih mahal dibanding CRT. Bagi kita yang masih menyeyangi monitor CRT, ada baiknya kita membeli filter anti-radiasi. ini adalah solusi untuk mengurangi rasa nyeri mata akibat duduk berlama-lama di depan monitor, namun dengan harga yang murah.
3. Atur monitor setting
Beberapa monitor yang ada sekarang banyak menyediakan pre-set display mode, untuk memudahkan pengguna mengganti setting layar mereka. Pre-set setting tersebut memberi level brightnes yang berbeda, untuk menyesuaikan kondisi penggunaan monitor. Adakalanya manfaatkan hal tersebut.
Misal settingan seperti, 'text' atau 'internet' akan terasa lebih sejuk di mata, saat kita gunakan untuk mengetik ataupun browsing. Setingan 'game' atau 'movie' akan terlihat lebih terang saat digunakan.
4. Gunakan kacamata anti radiasi
Walau hal ini membutuhkan biaya yang relatif lebih mahal, namun ada baiknya saat memiliki cukup uang kita membeli kacamata anti-radiasi. Selain bisa dibawa kemanapun kita bekerja, kacamata ini tak hanya berguna saat kita bekerja di depan monitor, namuna juga melindungi mata dari cahaya lampu mobil, radiasi TV, dan sebagainya.
Faktanya lapisan anti-radiasi pada kacamata tersebut, sangat berguna bagi mata kita. Karena lapisan tersebut secara otomatis mengurangi efek nyeri di mata akibat radiasi cahaya berlebih.
5. Mengistirahatkan mata sejenak, secara berkala
Cara termudah menghindari mata lelah akibat radiasi monitor adalah mengistirahatkannya secara berkala. Cobalah untuk mengistirahatkan mata sekitar 5 menit tiap jamnya. Kita dapat menggunakan waktu 5 menit tersebut untuk berjalan-jalan, melihat pemandangan, mencuci muka dan sebagainya. Yang penting menjauh dari monitor
Sabtu, Julai 03, 2010
Kerja...oh ... kerja...
Bulan Julai dah masuk dah... aku rasa bersyukar sangat.. rezeki datang bergolek.. Hari ni ada trainer.. best pi jalan-jalan sekitar Ukay Perdana...jumpa macam-macam orang.. seronok.. My supervisor ok.. funny guy.. suka buat lawak.. friendly la.. hari juga aku dapat kerja la.. seronok la dapat keje ni walaupun x ada kaitan dengan course aku Mechanical Engineering ..Pelik kan..?
Kerja aku ni berkaitan kepada planning business .Bagi aku kan, nak cari pengalaman x kira apa pun yang aku dapat sebab seblum ni aku pernah berdoa yang keje aku dapat first, akan aku terima dengan redha. Esok 3hb Julai 2010 aku dah start keje tapi lepas aku terima keje ni, banyak pulak panggilan interview..5 hb, 6 hb dan lastly 8hb. Tapi mcm mana aku nak pergi interview nie?? Takkan aku dah nak minta cuti sedangkan aku baru masuk keje, 5hb ada lima interview,tu laa aku cakap rezeki datang bergolek fikiran aku pun dah kusut!!!
Sukar nya rasa aku nak buat keputusan. 5 interview, aku patut pilih 2 daripada lima.. So, 6hb and 8hb aku x dapat pergi interview kerana aku perlu cuti satu hari je. So, aku pilih 5hb untuk hadiri 5 interview tapi kena pilih 2 terbaik... redha je.. Bagi aku, mana dapat mungkin itu rezeki aku, kalau x dapat terimalah hakikatnye. Nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang telah banyak berdoa untuk aku terutama kepada mak dan ayah aku yang sentiasa disisiku hati..LOVE YOU ALL
Kerja aku ni berkaitan kepada planning business .Bagi aku kan, nak cari pengalaman x kira apa pun yang aku dapat sebab seblum ni aku pernah berdoa yang keje aku dapat first, akan aku terima dengan redha. Esok 3hb Julai 2010 aku dah start keje tapi lepas aku terima keje ni, banyak pulak panggilan interview..5 hb, 6 hb dan lastly 8hb. Tapi mcm mana aku nak pergi interview nie?? Takkan aku dah nak minta cuti sedangkan aku baru masuk keje, 5hb ada lima interview,tu laa aku cakap rezeki datang bergolek fikiran aku pun dah kusut!!!
Sukar nya rasa aku nak buat keputusan. 5 interview, aku patut pilih 2 daripada lima.. So, 6hb and 8hb aku x dapat pergi interview kerana aku perlu cuti satu hari je. So, aku pilih 5hb untuk hadiri 5 interview tapi kena pilih 2 terbaik... redha je.. Bagi aku, mana dapat mungkin itu rezeki aku, kalau x dapat terimalah hakikatnye. Nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang telah banyak berdoa untuk aku terutama kepada mak dan ayah aku yang sentiasa disisiku hati..LOVE YOU ALL
Khamis, Jun 24, 2010
Penjara pudu..oh.. Penjara pudu
Bergambar di depan pintu masuk penjara pudu
23 Jun 2010...
Dah lama x berblog, tiba-tiba terasa nak menulis balik blog aku ni... bosan betul lepas abis belajar nie... tunggu panggilan utk temuduga x ada lagi.. so apa lagi , aku pi laa jalan-jalan di Kuala Lumpur.. jalan sana sini.. time aku on the way nak time square.. ternampak satu bangunan ni... nama dia Penjara Pudu.. x sangka penjara ni akan dirobohkan.. penjara yang tinggal kenangan .So apa lagi, sebelum penjara ni dirobohkan ,aku berkesempatan laa pi tangkap gambar, tapi kamera aku lupa pulak nak bawa, aku guna la handphone Sony C510, ni la gmbar-gambar yang aku sempat tangkap
Ni gmbar yang telah separuh di robohkan
Lagi...
Gambar ni aku paling suke.. nice view.. Ni gambar aku naik menara penjara pudu.. ketinggian tangga ni lebih kurang 2 tingkat bangunan la..
Lagi..
Dari atas menara pudu..
Di menara pudu..
Nak turun da..
Posing di bahagian depan penjara..
Dinding-dinding penjara
Okay laa , aku nak berkongsi skit cerita pasal penjara pudu ni.. jom ..
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal
terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah
seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara
berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara
Kindy Bogambia berbentuk X
Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan
siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang
dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi
pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun
1800an).
Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada
tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00
(harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua
tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik
pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan
dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai
"pauper hospital"
| Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. | ||
| Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. | ||
Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung.
Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman
gantung sampai mati disini.
Penempatan
utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891
| Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah
seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat,
pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung
2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat
menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat.
Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan
Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November
1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di
kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah
membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai
keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur
dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
Itulaa yang dapat aku kongsi kan... kalu ada apa nak tambah.. boleh la tinggal kan komen anda.. Thanks.. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jumaat, Jun 11, 2010
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
Jika kamu
memancing ikan....
Setelah ikan itu
terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya....
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya....
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak HARAPAN kepada seseorang...
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu TINGGALKAN begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK DAPAT MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Setelah kamu memberi banyak HARAPAN kepada seseorang...
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu TINGGALKAN begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK DAPAT MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah
air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah
sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin
ia masih dapat di gunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia insan biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya....
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia insan biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya....
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu....
Mengenyangkan. Berkhasiat....
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan....
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.....
Kamu akan menyesal.....
yang kamu pasti baik untuk dirimu....
Mengenyangkan. Berkhasiat....
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan....
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.....
Kamu akan menyesal.....
Begitu
juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu....
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu....
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain,
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN....
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....
FIKIRKANLAH...RENUNGKANLAH..
Langgan:
Catatan (Atom)











