Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Ahad, Oktober 16, 2011

Jangan nak berlagak

Terdapat ramai dari kita yang bijak pandai di dunia ini. Bukan tu je. Ramai juga yang mengaku bijak pandai tapi sebenarnya takdelah bijak sangat pun. Jadi, pandai sangatkah kita berdasarkan situasi dibawah ni:-




1. Mentang-mentang belajar di luar negara di universiti terkemuka lepas tu memperkecilkan orang lain yang belajar di dalam negara atau dinegara yang kurang ternama.

2. Belajar kursus kejuruteraan kemudian mengatakan kursus lain tak hebat.

3. Belajar peringkat tinggi dan menghina orang tidak berpelajaran. Kadang-kadang orang tidak belajar tinggi mampu menjadi insan yang lebih berjaya terutama yang mempunyai semangat yang hebat. Banyak contoh boleh dilihat didalam negara ni.

4. Mentang-mentang ada sijil dan kepakaran dalam sesuatu bidang, tak boleh terima pandangan orang untuk memperbetulkan.

5. Ada kelayakan tinggi tapi bertahun-tahun menganggur. Bila suruh ambil je kerja yang bawah dari kelayakan, tak mau. Kononnya tak setanding dengan kebijaksaan diri.. Kalau dah tak kerja, siapa nak bagi duit? Takkan duit datang dari langit kot.

6. Mentang-mentang pandai buat blog, bila orang tanya sikit tentang hal-hal blog diherdiknya. Lepas tu disuruh orang tu google hatta persoalan yang sebenarnya boleh dijawab. Bukan semua orang pandai guna google tu.



Sebenarnya ilmu yang ada pada kita tak sebanyak manapun. Malahan ianya hanyalah pinjaman dan akan boleh ditarik bila-bila masa. Tak perlulah nak sombong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails