Satu kejadian yang diingini berlaku pula di UiTM Shah Alam di mana Kolej Jati yang menempatkan pelajar-pelajar lelaki UiTM telah terbakar
Bagaimana la Kolej Jati boleh terbakar ye?
Khamis, September 29, 2011
Selasa, September 20, 2011
Buatmu untukku
Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak
sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan ...dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?
sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu
sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..
Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.
sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH...
Jumaat, September 09, 2011
KENAPA AKU DIUJI?
Berikut ini kiriman dari seorang sahabat... semoga kita semakin semangat dalam menjalani setiap episode kehidupan yang dipersembahkan-Nya dengan segala cinta...
Khamis, September 08, 2011
Internet oh internet ..
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
definisi Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Internet telah mendatangkan banyak manfaat kepada manusia malah mendatangkan kemudharatan. Penggunaan perkhidmatan Internet berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi. Kini, manusia boleh menggunakan internet tidak kira tempat mereka berada.
Rabu, September 07, 2011
Khamis, September 01, 2011
Tanggungjawab
"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia
buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan
bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal
anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk
neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."
Fikirkan
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan, iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama, bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang
baik juga, melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak, yang
mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga. Masyarakat dan negara
tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami
sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah, rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai
melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti
berkasih sayang, sabar, tolak ansur dan wujudnya persefahaman. Untuk
memastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga, Islam
menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan
isteri, iaitu:
KEWAJIPAN SUAMI
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai
pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami
berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan
kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha
menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah atau kediaman, pakaian dan makan minum
keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama.
Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam
hal ini, suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang
beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar
agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekejasama
mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan rahmah
(kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di
hadapan Allah s.w.t terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di
dalam mengendalikan rumah tangga adalah penting. Rasulullah s.a.w
menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w
menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah s.w.t. Amanah itu hendaklah
dijaga dengan cermat. Misalnya, jika kita diamanahkan sesuatu barang
dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama
baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan supaya bersikap baik
terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak
sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumah tangga
seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh
(safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah
berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan
berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak
digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan
hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.
Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan
perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih
pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu
menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hanya menumpukan seluruh
hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan.
Menurut pandapat lain, sunat ia berkahwin.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan
bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin,
menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.
KEWAJIPAN ISTERI
Apabila suami sebagai ketua di dalam rumah tangga, maka isteri itu
timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara
tanggungjawab isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.
2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah
s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali
mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar´ah fi Tasawwuri Islam, m.s
105, oleh Abdul Muta´al AI Jibry).
3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan
suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur
ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik
oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.
4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat
kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita
bersama-sama."
5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan
sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah tangga. Jika
hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu.
Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.
Sekiranya kerja itu untuk Allah s.w.t dan RasuI-Nya, ia mestilah
menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya
tidak berputus asa.
6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami.
Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah s.a.w sebagai
wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak
memilih isteri.
Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak
menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang.
Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam
sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di
dalam suasana ibadah kepada Allah s.w.t. Rumahtangga akan hancur jika
sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan
prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang
merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)