Kisah ni saya dapat dari kawan-kawan melalui emel. Mari sama-sama kita
kongsi.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan
di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan
beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang
indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa
meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin
dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya
yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah
bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah
Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga
agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk
neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah
tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan
merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya
berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya
"Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima
kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan
dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak
kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang
dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah
itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja
risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan
tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di
tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa
yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya
dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur
langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah
itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan
ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali
lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan
menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri
di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya
suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya
bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak
menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah".
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima
kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu
berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan
ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan
sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan
berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada
sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir
ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat
minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal
beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia
ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat
minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya
ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak
tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi
diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng
rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun
yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya
bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah
sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke
pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang
comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti
malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik"
itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya
melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan
terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali
yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang
saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada
Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan
itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil
yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya
di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang
masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam
lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang
berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat
ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang
amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang
berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah
air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya
yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa
menyayangi dan memelihara
kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!