Ahad, Ogos 28, 2011
28 Ramadhan 1432H , 28 Ogos 2011
Assalammualaikum...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat aku menghirup udara segar di Shah Alam.. Tiba-tiba hari ni terasa nak update blog aku yang dah lama bersarang ni... hahah
Hari ini adalah hari terakhir aku berada di Shah Alam di bulan ramadhan tahun ini.. kalau umur ku masih dipanjangkan lagi , InsyaAllah dapat lagi aku kembali ke Shah Alam ini.. Sebentarnya lagi aku akan bertolak pulang menuju ke stesen bus seksyen 17 , dan perjalanan pulang ku ke Shah Alam - Kuala Terengganu jam 9.30mlm.. nampak nya malam ni x sempat la aku nak bersolat jemaah sunat terawih, malam ini adalah malam terakhir sunat terawih.. terasa sedih juga tak dapat tunai kan solah terawih yang last ni secara berjemaah.. InsyaAllah kalau sempat aku akan bersolat solo di mana2 hentian bus akan berhenti ...
Mengenai puasa kali ini, banyak dugaan yang aku terpaksa lalui..maklumlah umur dah makin meningkat dan tanggungjawab aku sebaik seorang pelajar, pekerja dan yang paling penting tanggungjawab aku kat famili aku.. Aku akan cuba jadi seorang anak yang baik kat ma n abah aku, .. rasanya tak sabar nak balik kampung, tapi cuma sedih sedikit sebab tahun ni dapat balik kampung pun last2 ramadhan... x sempat nak rasa berbuka sama-sama satu keluarga... mesti syoknya dapat makan satu famili.. kadang-kadang teringin nak makan ayam percik terengganu, bubuk lambuk .. rindu plak zaman-zaman dulu...
tp tahun ini seingat aku 4 kali je aku pi bazaar ramadhan... tapi setiap kali aku pi bazaar mesti aku teringgat kisah dulu2 yang aku pernah jadi seorng penjual air , martabak, nasi ayam ,nasi tomato , daging bakar, roti john ... bli ada je abg yang jual martabak sebut " martabak dua , 5 ringgit" teringat aku kisah aku jual martabak sampai abis ketika bazaar tahun lps... msti martabak tu abis dijual.. aku paham perasaan seorang penjual.. yang seronoknya barang kita dapat dijual tapi paling best nya abis dan orang kata sedap... tp kini semua tu tinggal kenangan.. hari ini dah 28 ramadhan .. aku pergi bazaar , semua yang aku beli makanan yang aku pernah menjual dulu... banyak gak nak makan ni.. makan pun sorang2 hari ni.. hahah.. terasa sedih gak.. tapi beberapa jam lagi dah nak balik kampung.. mesti kena gembira... hahah.. Kenapalah ramadhan kali banyak mengukir kisah-kisah lalu, betul-betul menguji ketabahan aku, semalam 27 ramadhan, aku solat terawih di Pusat Islam Uitm, teringat zaman-zaman 5 tahun aku berada di Uitm.. Zaman aku bersama-sama dengan Ombak 10, rindu kat member-member ombak10 yang kami bersama-sama menempuh suka duka pahit manis gembira kecewa .. macam macam yang kami lalui.. rindunya kat korang... tapi bila pergi ke PI , cuma syaf sahaja ..kalau dulu-dulu ramai student Uitm tapi kali ni sunyi .. maklumlah budak2 Universiti senorok bercuti panjang.. Kalau dulu di PI, banyak benda paling best time puasa ni, kat sini lah aku dapat makan n berbuka bersama Yang DiPertuan Agong, dapat kuih raya, duit raya pun aku dapat... Sultan Selangor pun aku pernah rasa makan bersama.. terasa bertuahnya pun ada... tapi semua itu memori ku 5 tahun yang lalu...
Time aku nak cari baju melayu raya, seronok nya aku tengok satu famili tu bershoping bersama-sama mak ayah... teringat zaman kanak2 dulu, memang seronok kalau dapat beli baju raya bersama-sama famili tapi kali ini berseorangan je.. rindunya waktu tuu...
Kalau nak bercerita, banyak lagi tak dapat aku nak kongsikan ramadhan kali ini... nampaknya waktu berbuka dah hampir, kalau di panjangkan umor dapat lagi aku berceloteh di sini..
Akhir kata aku ingin memohon maaf kepada semua salah silapku...
Aku minta maaf...
Aku minta maaf...
Aku minta maaf
Semua...
Isnin, Ogos 01, 2011
Jika itu Takdirnya
"Not yet bie. Colud you please come here and wait for me?" tanya Syaeqa Umaira manja sahaja bunyinya di hujung talian.
"I can't baby. Baby siap dulu, dah siap nanti, give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat ni." Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.
"Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie. Assalamualikum." Masih lagi manja dan lembut bunyi suaranya.
"Waalaikummussalam." Telifon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi mencari apa yang dimahukan.
Dalam asyik dia mentelaah kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya diketuk.
"Come in."
Jumaat, Jun 17, 2011
FIKIRKAN SEKETIKA
Assalamualaikum...
Student Uitm skrang mesti sibuk membuka email mereka masing-masing untuk check result mereka... ada yang sedang bersedih.. gembira.. kecewa.. bahagia.. Diharap kalian menerimanya dengan redha ... apa yang kita dapat itulah usaha kita tetapi kalau kita dah usaha lebih tetapi x dapat yang kita mahu kan , itulah tandanya Allah sedang menguji kita..
Tapi beringatlah .. jangan lah belajar kerana peperiksaan semata-mata .. Keikhlasan dalam pembelajaran itu adalah penting.. Cubalah hayati ilmu yang kita pelajari kita akan dapat rasai kemanisan ilmu itu.. Cuba anda ingat balik zaman persekolahan anda... adakah anda mengingati apa yang anda pelajari semasa anda berada di alam persekolahan ?? Boleh kah anda ingati apa yang anda pelajari.. ada yang anda ingati.. ada yang anda lupakan.. Kenapakah hal itu berlaku...?? Anda sendiri tahu jawapannya... Mungkin ada yang kata itu perkara yang lama.. dah lupa dah.. Jika anda mempunyai jawapan seperti ini ..anda salah sama sekali..
Kalu begitu, katakan anda sekarang sedang belajar di universiti dan kini berada dalam semester ke-6, boleh kah anda ingat apa yang anda pelajari semasa berada di semester kedua?? Mungkin ada yang boleh mengingati sebahagian mungkin ada yang dapat ingat sepenuhnya.. Kenapakah hal ini berlaku?? Jawapan nya ada pada anda sendiri... fikirkan apa yang diperkata? Cuba anda fikirkan lagi, jika saya memberi anda satu soalan peperiksaan yang sama yang telah anda jawab pada peperiksaan akhir semester hari itu, bolehkah anda dapat jawab soalan itu?? Kalau anda yakin anda dapat jawab 100% , malah dapat memberikan lebih daripada itu... Anda memang seorang yang BAGUS!! , kenapa saya perkatakan begitu.. sebab anda sebenaranya belajar bukan kerana peperiksaan itu ... itulah keikhlasan anda belajar... Tapi saya yakin ramai katakan Tidak ..malah mungkin result anda lebih teruk lagi.. mungkin anda tidak dapat jawab soalan itu... Fikirkan kenapa..?Kalau anda ingin berikan pendapat.. sila tinggalkan komen anda... Sama-samalah kita fikirkan kenapa
Khamis, Jun 02, 2011
Khasiat Minum Susu
Dua
gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi
keperluan minimum kalsium tubuh anda.
Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.
Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.
Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai?
Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari.
Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari.
SUSU KALSIUM TINGGI
Produk susu Anlene baru-baru ini mengumumkan penemuan klinikal yang penting iaitu susu ini dapat memulihkan kekuatan tulang dalam tempoh empat minggu sahaja.
Penemuan terbaharu ini adalah hasil ujian klinikal yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh pakar-pakar tulang di rantau.
Pada hakikatnya, tulang manusia mula merosot seawal usia 30 tahun. Kadar kemerosotan mula melampaui kadar penjanaan semula di peringkat ini.
Yang paling penting, untuk memastikan tulang yang lebih kuat, setiap orang perlu mempunyai kombinasi tepat zat yang diperlukan tulang pada tahap yang disyorkan.
Pengurus besar bagi Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, John McKay, juga berkongsi pandangan akan program seluruh negara Fonterra bagi warga Malaysia; Pemeriksaan Kesihatan Tulang yang dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar. Fontera merupakan pengedar susu Anlene.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengapa penting untuk mengekalkan kekuatan tulang.
"Kami telah memeriksa lebih 150,000 orang. Selepas memeriksa mereka menerusi program pemeriksan ini di tempat-tempat awam, majoriti responden didapati berada dalam zon oren, iaitu bacaan antara (-ve)-1 dan (-ve)-2, yang menunjukkan risiko sederhana bagi tulang rapuh dan bahaya menghidap Osteoporosis," kata McKay lagi.
Zon hijau iaitu bacaan antara 2.00 dan -0.99 menunjukkan risiko yang rendah, (-ve) -2.49 hingga (-ve) -1.0 menunjukkan risiko sederhana, sementara kumpulan berisiko tinggi akan menyaksikan bacaan antara (+ve) +2.5 dan (+ve) +4.0.
Program pemeriksaan ini menggunakan mesin ultrasound.
Penulis ini juga mengambil peluang untuk menguji kekuatan tulangnya dan mendapati keadaan tulangnya adalah memuaskan dengan beliau berada dalam kategori risiko rendah.
SUSU TIDAK MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Duta jenama bagi Anlene, Datuk Michelle Yeoh juga hadir pada majlis memperkenalkan susu Anlene baru ini yang dikatakan lebih berkesan dengan susu ini membantu mengekalkan tulang yang kuat dalam tempoh 4 minggu sahaja.
Beliau menekankan yang susu ini adalah baik bagi kesihatan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan.
"Lihatlah saya, saya bukan gemuk. Sebenarnya saya meminum susu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pilihlah produk lemak rendah," kata bintang filem ini.
Anlene juga memperkenalkan iklan terbaru pada majlis itu, yang menggambarkan seorang penari wanita yang melenturkan badannya ke belakang.
Beliau terdengar bunyi geresek tulang semasa melakukan gerakan itu yang mengejutkan beliau dan pasangannya, beliau terus memutuskan untuk mengambil susu yang disyorkan untuk memulihkan semula kekuatan tulangnya dalam tempoh 4 minggu sahaja.
GAYA HIDUP AKTIF
"Saya suka dengan iklan baru ini dan mesej yang disampaikan adalah jelas sekali. Lelaki dan wanita perlu menjaga dengan baik tulang mereka. Dan kebanyakan rakyat Malaysia buat masa ini hanya mengambil 50 peratus daripada jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari. Ini tidak cukup untuk mengekalkan kekuatan tulang mereka," tambah Yeoh, yang juga mencerita aksi-aksi 'stunt' beliau dalam filem terkininya dengan penggambaran di Taiwan dan China.
"Kali ini 'stunt' saya lebih mencabar daripada yang sebelumnya. Saya terpaksa lompat dari bumbung ke bumbung untuk melawan penjahat. Perlu banyak gerakan lompat dan meregang badan," beliau menjelaskan lagi.
Filem terbaru Yeoh "Rain of Swords" kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka ditayangkan bagi tontonan umum pada Oktober ini.
PERASA POPULAR DI MALAYSIA
Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi.
Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang.
Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi.
Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama nutrisi terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira citarasa pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek di masa depan."
Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan mentega.
Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan pengambilan kalsium mandatori setiap hari.
-- BERNAMA
Oleh Hazlinda Hamzah

Khamis, Mac 03, 2011
Jangan bersedih lagi...
Kesedihan? Kepiluan? Apa itu...?
Bersedih boleh meminimakan nilai hidup..
Kenapa perlu bersedih?
Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit
hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih
ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila
masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut
situasi dan keadaan..
Kesedihan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan
di dalam hidup... betulkan?? Kita memang
tidak akan dapat melarikan diri daripadanya, Semua orang akan hadapinya.. Tapi
dengan menyedari hakikat ini sepenuhnya, anda akan dapat mengatasi perkara ini
dan memulihkan keadaan dengan lebih cepat.
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya..
Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi
kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang
menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam..
Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti
racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat..
Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan..
Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik
suatu hari nanti mungkin..Kesedihan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang
berguna terhadap matlamat spiritual dan boleh memecah corak pemikiran dan
tabiat yang kuno dan tidak produktif.
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja
kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan
kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah!
Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan
kegembiraan bukan? Perlukah kesedihan itu dipendam?
Apa kesannya? Baik atau buruk?
Berikan sebabnya..
Fikirkan....
(budak kecik pun tau sedih...)
Selain itu kesedihan juga merupakan ubat penawar jiwa dan
minda, memecahkan banyak halangan yang biasanya merentangi diantara manusia dan
desakan spiritual hebat yang terdapat di dalam dirinya. Jadilah seperti besi
halus yang telah dibakar dan dilebur berulang-ulang kali tetapi ia menjadi
lebih hebat dan bukannya lebur di dalam kesengsaraan.
'Kesedaran Infiniti’ akan menjadi jelas kepada kita ketika
mengalami kesedihan yang amat sangat.
Doa amat berkesan,membawa hasil spiritual yang positif dan
ketenangn.Kesedihan boleh menjadi kuasa yang hebat kepada kebaikan apabila ia
bertukar menjadi tindakan konstruktif yang mengubah cara hidup seseoran seperti
orang-orang yang berdosa telah menjadi baik, penagih telah berubah dan orang
yang gemarkan kemasyhuran dan kemegahan telah menyedari perlunya perasaan
rendah diri.sesetengah individu yang telah mengalami kesedihan dan kepiluan
kerana kehilangan orang yang dicintai biasanya akan membantu orang lain yang
juga mengalami kesedihan sedemikian.
Allah Maha Bijaksana telah memberikan kita kemampuan merasai
kesedihan untuk memastikan kita agar menggunakan kelebihan dan kemuliaan kita
secara sederhana dan bijaksana.
Manusia yang abnormal,penjenayah,orang yang suka menyeksa
orang lain,bersifat seperti binatang, bebal mungkin memiliki kecerdasan yang
hebat tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk merasa sedih.
Jika anda mempunyai kemampuan merasa sedih yang hebat, anda
juga memiliki kemampuan menjadi pintar yang berpotensi dengan syarat, anda
memahami kesedihan sebagai satu sumber displin bukannya perantaraan belas
kasihan diri.
Sesetengah orang kata ,hasil-hasil kerja keseniaan dan sains
tamadun yang paling hebat terhasil pada ketika penciptanya mengalami kesedihan.
Secara individu, kesedihan membantu manusia maju.
Masalah dan kesengsaraan juga menyebabkan rasa kemanusiaan
menjadi rapat,memperbaharui semula semangat bantu-membantu dan panduan sesama
manusia,
Di dalam kesedihan,anda akan menemui kuasa keberanian yang
hebat dan kepercayaan untuk membantu anda mengatasi dugaan dan kesengsaraan di
dalam kehidupan seharian.
Anda boleh menangani jerangkap belas kasihan diri sendiri
(self-pity) dan menemui seseorang yang mengalami penyebab kesedihan yang lebih
hebat daripada diri sendiri dengan membantunya menghadapi kesedihan itu dengan
berani dan mengawalnya,anda akan dapati kesedihan anda sendiri telah lebur di
dalam kehangatan kecintaan atau kasih sayang anda terhadap orang lain.
Kesedihan sama juga seperti kesengsaraan dan kekalahan
mempunyai biji benih kegembiraan yang sama rata. Carilah biji benih tersebut
sehingga anda menjumpainya. Kemudian jagailah ia,bantulah ia berkembang dan
menukarkan kesedihan kepada kegemilangan
Apabila kita sedih,kita menjadi lebih jelas dan peka tentang
perkara yang berlaku dalam hidup…yang sepatutnya dah lama kita elakkan kan..
walaupun kita tahu buruknya tapi kita nafikan…
dan kesedihan mengajar kita lebih tabah dan menemui orang
yang sememangnya patut berada di sisi kita sewaktu susah…bukan waktu senang
saja…
saya sayang kamu semua (kamu tahu siapa diri kamu)
Thanks Forever !!
Langgan:
Catatan (Atom)