Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Khamis, Mac 03, 2011

Jangan bersedih lagi...


Kesedihan? Kepiluan? Apa itu...? 
Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. 
Kenapa perlu bersedih? 
Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Kesedihan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam hidup... betulkan??  Kita memang tidak akan dapat melarikan diri daripadanya, Semua orang akan hadapinya.. Tapi dengan menyedari hakikat ini sepenuhnya, anda akan dapat mengatasi perkara ini dan memulihkan keadaan dengan lebih cepat.
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..Kesedihan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang berguna terhadap matlamat spiritual dan boleh memecah corak pemikiran dan tabiat yang kuno dan tidak produktif.
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan? Perlukah kesedihan itu dipendam?
Apa kesannya? Baik atau buruk?
Berikan sebabnya..
Fikirkan....



(budak kecik pun tau sedih...)
Selain itu kesedihan juga merupakan ubat penawar jiwa dan minda, memecahkan banyak halangan yang biasanya merentangi diantara manusia dan desakan spiritual hebat yang terdapat di dalam dirinya. Jadilah seperti besi halus yang telah dibakar dan dilebur berulang-ulang kali tetapi ia menjadi lebih hebat dan bukannya lebur di dalam kesengsaraan.
'Kesedaran Infiniti’ akan menjadi jelas kepada kita ketika mengalami kesedihan yang amat sangat.
Doa amat berkesan,membawa hasil spiritual yang positif dan ketenangn.Kesedihan boleh menjadi kuasa yang hebat kepada kebaikan apabila ia bertukar menjadi tindakan konstruktif yang mengubah cara hidup seseoran seperti orang-orang yang berdosa telah menjadi baik, penagih telah berubah dan orang yang gemarkan kemasyhuran dan kemegahan telah menyedari perlunya perasaan rendah diri.sesetengah individu yang telah mengalami kesedihan dan kepiluan kerana kehilangan orang yang dicintai biasanya akan membantu orang lain yang juga mengalami kesedihan sedemikian.
Allah Maha Bijaksana telah memberikan kita kemampuan merasai kesedihan untuk memastikan kita agar menggunakan kelebihan dan kemuliaan kita secara sederhana dan bijaksana.



Manusia yang abnormal,penjenayah,orang yang suka menyeksa orang lain,bersifat seperti binatang, bebal mungkin memiliki kecerdasan yang hebat tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk merasa sedih.
Jika anda mempunyai kemampuan merasa sedih yang hebat, anda juga memiliki kemampuan menjadi pintar yang berpotensi dengan syarat, anda memahami kesedihan sebagai satu sumber displin bukannya perantaraan belas kasihan diri.
Sesetengah orang kata ,hasil-hasil kerja keseniaan dan sains tamadun yang paling hebat terhasil pada ketika penciptanya mengalami kesedihan.

Secara individu, kesedihan membantu manusia maju.
Masalah dan kesengsaraan juga menyebabkan rasa kemanusiaan menjadi rapat,memperbaharui semula semangat bantu-membantu dan panduan sesama manusia,
Di dalam kesedihan,anda akan menemui kuasa keberanian yang hebat dan kepercayaan untuk membantu anda mengatasi dugaan dan kesengsaraan di dalam kehidupan seharian.
Anda boleh menangani jerangkap belas kasihan diri sendiri (self-pity) dan menemui seseorang yang mengalami penyebab kesedihan yang lebih hebat daripada diri sendiri dengan membantunya menghadapi kesedihan itu dengan berani dan mengawalnya,anda akan dapati kesedihan anda sendiri telah lebur di dalam kehangatan kecintaan atau kasih sayang anda terhadap orang lain.
Kesedihan sama juga seperti kesengsaraan dan kekalahan mempunyai biji benih kegembiraan yang sama rata. Carilah biji benih tersebut sehingga anda menjumpainya. Kemudian jagailah ia,bantulah ia berkembang dan menukarkan kesedihan kepada kegemilangan

Apabila kita sedih,kita menjadi lebih jelas dan peka tentang perkara yang berlaku dalam hidup…yang sepatutnya dah lama kita elakkan kan..
walaupun kita tahu buruknya tapi kita nafikan…
dan kesedihan mengajar kita lebih tabah dan menemui orang yang sememangnya patut berada di sisi kita sewaktu susah…bukan waktu senang saja…
saya sayang kamu semua (kamu tahu siapa diri kamu)

Thanks Forever !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails