Kesedihan? Kepiluan? Apa itu...?
Bersedih boleh meminimakan nilai hidup..
Kenapa perlu bersedih?
Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit
hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih
ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila
masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut
situasi dan keadaan..
Kesedihan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan
di dalam hidup... betulkan?? Kita memang
tidak akan dapat melarikan diri daripadanya, Semua orang akan hadapinya.. Tapi
dengan menyedari hakikat ini sepenuhnya, anda akan dapat mengatasi perkara ini
dan memulihkan keadaan dengan lebih cepat.
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya..
Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi
kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang
menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam..
Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti
racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat..
Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan..
Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik
suatu hari nanti mungkin..Kesedihan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang
berguna terhadap matlamat spiritual dan boleh memecah corak pemikiran dan
tabiat yang kuno dan tidak produktif.
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja
kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan
kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah!
Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan
kegembiraan bukan? Perlukah kesedihan itu dipendam?
Apa kesannya? Baik atau buruk?
Berikan sebabnya..
Fikirkan....
(budak kecik pun tau sedih...)
Selain itu kesedihan juga merupakan ubat penawar jiwa dan
minda, memecahkan banyak halangan yang biasanya merentangi diantara manusia dan
desakan spiritual hebat yang terdapat di dalam dirinya. Jadilah seperti besi
halus yang telah dibakar dan dilebur berulang-ulang kali tetapi ia menjadi
lebih hebat dan bukannya lebur di dalam kesengsaraan.
'Kesedaran Infiniti’ akan menjadi jelas kepada kita ketika
mengalami kesedihan yang amat sangat.
Doa amat berkesan,membawa hasil spiritual yang positif dan
ketenangn.Kesedihan boleh menjadi kuasa yang hebat kepada kebaikan apabila ia
bertukar menjadi tindakan konstruktif yang mengubah cara hidup seseoran seperti
orang-orang yang berdosa telah menjadi baik, penagih telah berubah dan orang
yang gemarkan kemasyhuran dan kemegahan telah menyedari perlunya perasaan
rendah diri.sesetengah individu yang telah mengalami kesedihan dan kepiluan
kerana kehilangan orang yang dicintai biasanya akan membantu orang lain yang
juga mengalami kesedihan sedemikian.
Allah Maha Bijaksana telah memberikan kita kemampuan merasai
kesedihan untuk memastikan kita agar menggunakan kelebihan dan kemuliaan kita
secara sederhana dan bijaksana.
Manusia yang abnormal,penjenayah,orang yang suka menyeksa
orang lain,bersifat seperti binatang, bebal mungkin memiliki kecerdasan yang
hebat tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk merasa sedih.
Jika anda mempunyai kemampuan merasa sedih yang hebat, anda
juga memiliki kemampuan menjadi pintar yang berpotensi dengan syarat, anda
memahami kesedihan sebagai satu sumber displin bukannya perantaraan belas
kasihan diri.
Sesetengah orang kata ,hasil-hasil kerja keseniaan dan sains
tamadun yang paling hebat terhasil pada ketika penciptanya mengalami kesedihan.
Secara individu, kesedihan membantu manusia maju.
Masalah dan kesengsaraan juga menyebabkan rasa kemanusiaan
menjadi rapat,memperbaharui semula semangat bantu-membantu dan panduan sesama
manusia,
Di dalam kesedihan,anda akan menemui kuasa keberanian yang
hebat dan kepercayaan untuk membantu anda mengatasi dugaan dan kesengsaraan di
dalam kehidupan seharian.
Anda boleh menangani jerangkap belas kasihan diri sendiri
(self-pity) dan menemui seseorang yang mengalami penyebab kesedihan yang lebih
hebat daripada diri sendiri dengan membantunya menghadapi kesedihan itu dengan
berani dan mengawalnya,anda akan dapati kesedihan anda sendiri telah lebur di
dalam kehangatan kecintaan atau kasih sayang anda terhadap orang lain.
Kesedihan sama juga seperti kesengsaraan dan kekalahan
mempunyai biji benih kegembiraan yang sama rata. Carilah biji benih tersebut
sehingga anda menjumpainya. Kemudian jagailah ia,bantulah ia berkembang dan
menukarkan kesedihan kepada kegemilangan
Apabila kita sedih,kita menjadi lebih jelas dan peka tentang
perkara yang berlaku dalam hidup…yang sepatutnya dah lama kita elakkan kan..
walaupun kita tahu buruknya tapi kita nafikan…
dan kesedihan mengajar kita lebih tabah dan menemui orang
yang sememangnya patut berada di sisi kita sewaktu susah…bukan waktu senang
saja…
saya sayang kamu semua (kamu tahu siapa diri kamu)
Thanks Forever !!