Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, November 10, 2010

Mana Yang Terbaik ??


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.



Pelajar:" cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"


Cikgu:" ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekal. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?


Pelajar:" tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi smapi di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"


Cikgu:" ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telahberjumpe seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada dihadapan kitasebaik-baiknya. JAngan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi......

**Nota
Hargailah apa yang kita ada....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails