Bergambar di depan pintu masuk penjara pudu
23 Jun 2010...
Dah lama x berblog, tiba-tiba terasa nak menulis balik blog aku ni... bosan betul lepas abis belajar nie... tunggu panggilan utk temuduga x ada lagi.. so apa lagi , aku pi laa jalan-jalan di Kuala Lumpur.. jalan sana sini.. time aku on the way nak time square.. ternampak satu bangunan ni... nama dia Penjara Pudu.. x sangka penjara ni akan dirobohkan.. penjara yang tinggal kenangan .So apa lagi, sebelum penjara ni dirobohkan ,aku berkesempatan laa pi tangkap gambar, tapi kamera aku lupa pulak nak bawa, aku guna la handphone Sony C510, ni la gmbar-gambar yang aku sempat tangkap
Ni gmbar yang telah separuh di robohkan
Lagi...
Gambar ni aku paling suke.. nice view.. Ni gambar aku naik menara penjara pudu.. ketinggian tangga ni lebih kurang 2 tingkat bangunan la..
Lagi..
Dari atas menara pudu..
Di menara pudu..
Nak turun da..
Posing di bahagian depan penjara..
Dinding-dinding penjara
Okay laa , aku nak berkongsi skit cerita pasal penjara pudu ni.. jom ..
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal
terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah
seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara
berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara
Kindy Bogambia berbentuk X
Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan
siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang
dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi
pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun
1800an).
Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada
tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00
(harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua
tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik
pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan
dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai
"pauper hospital"
Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. | ||
Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. |
Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung.
Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman
gantung sampai mati disini.
Penempatan
utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891
Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah
seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat,
pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung
2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat
menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat.
Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan
Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November
1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di
kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah
membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai
keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur
dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
Itulaa yang dapat aku kongsi kan... kalu ada apa nak tambah.. boleh la tinggal kan komen anda.. Thanks.. |