Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Khamis, Disember 10, 2009

Sebulan yang memenatkan


Salam, lama juga aku dah tak online ni, boleh dikatakan sebulan laa.. Lama juga kan... ? Apa yang aku buat ek? Meh kita tengok ... JOM~~
28 Oktober 2009 – Paper pertama final exam, subjek killer – Control System. 
Time exam ni, aku demam. Besar sungguh dugaan aku time nak jawab paper ni, tapi Alhamdullillah, dengar izinNya, aku dapat juga jawab dengar selamat.
6 November 2009 -  Hantar report FINAL YEAR 1 & siapkan Mechanical Design Product Car Shelter
Lepas exam subjek Control system, aku terus kena siapkan report aku yang mana aku tinggal. Bertungkus lumus juga la aku buat. Sampai ada x tidur malam, sebab kena buat banyak analysis untuk design Produk.  Subjek yang paling banyak buat aku pening kepala. Maklum la, kena aplikasikan apa yang aku belajar dari awal semester hingga sekarang. Tapi seronok sebab dapat hasil kan satu produk. Thanks kepada ahli groupaku kerana bertungkus lumus menyiapkan produk ni.




Dari kanan : Hilmi, Wan Kadir, Onez (aku), Ayie , Wan Rahim
10 November 2009 – Final exam subjek “ Microprocessor”
Aku ada masa 3hari utk buat revision subjek ni, Subjek yang tinggi juga orang fail. Boleh dikatakan semester lepas 70 peratus yang fail.  Nak pecah otak aku study subjek ni, tapi nasib baik ada McD roommate aku yang paling terror la dalam subjek ni. Thanks Mcd kerana banyak membantu.
12 -14 November 2009 -  Sambung siapkan product “Car Shelter”
15 November 2009 – Presentation produk
16 November 2009 -  Product Evaluation


Alhamdullillah, semua berjalan lancar, semua ahli group memberikan present yang terbaik dan mendapat pujian dari pensyarah. Good team work.
18 November 2009 – Final Year Project presentation
Presentation aku mengambil masa 40 minit. Banyak pulak soalan2 yang ditanya oleh pensyarah penilai. Sedih juga sebab tidak dapat jawab satu soalan . Otak dah tidak boleh berfikir lagi



19-23 November 2009  - Latihan FOMDEX  di Dengkil
Latihan yang paling aku rasa paling teruk management nya selama 3 tahun yang aku pernah hadiri. Aktiviti tidak best.. Tapi malam last paling gempak sebab ada letupan yang memang gempak la.
24 November – 5 Disember 2009 – Menguruskan Latihan Tahunan bagi Kadet PALAPES cawangan KD Sri Klang.
Sungguh penat & menguji ketahanan mental untuk menguruskan latihan ini. Terpaksa beraya disana. Maklum la sedia berkorban untuk agama, Negara dan bangsa.
Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar & sangat memuaskan. Thanks kepada semua yang terlibat

Jugra Pulapes 




Latihan Menembak
(Aku yang ketiga dari kanan)


6 Disember 2009 – Sword Barrel ( Majlis Perkahwinan Iman & Muliana)





 Sword Barrel



Selasa, November 03, 2009

Ombak 10 - Together Forever



Terbitan : Onez Production
Tahun    : June 2009

Video Ombak 10



Video ombak 10 ni khas kepada member2 aku di Ombak 10, video ni kenangan untuk korang di masa akan datang.. Sebenarnya musik dalam video ni bukan music asal video, di sebabkan ada masalah audio... so youtube bagi automatic video swaping agar korang tgk video ni x lah bisu... nanti boring plak.. Enjoy Youself!


Gambar Guys Ombak 10 (Zaman Muda)

 
Gambar Ladies Ombak 10 (Zaman Muda)


Isnin, Oktober 05, 2009

Untuk kaum lelaki & wanita


Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.


Khamis, Oktober 01, 2009

Hikmah BerWuduk



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini“.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini“.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini“.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini“.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu“.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat,memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim“.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

BERSAMA-SAMALH KITA FIKIRKAN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails