Pernah dengarkah yang kecantikan paras itu
hanyalah senipis kulit?
Kalimat yang terpapar di wall facebook seorang
teman. Membuat kepala saya angguk tanda setuju dengan persoalan tersebut.
Kecantikan merupakan sesuatu yang abstrak pada pandangan manusia. Walaupun
kadangkala ianya sesuatu yang objektif mengikut standarisasinya tersendiri di
kalangan para pencinta keanggunan dan kecantikan. Untuk siapa? Cantik tentu
tidak ditujukan kepada lelaki, justeru wanita!
Kecantikan merupakan suatu anugerah. Ramai wanita
yang cantik… lupa bahawa kecantikan yang diberikan kepadanya bukan untuk
dibangga-banggakan. Sehingga ia lupa maksud penciptaan. Auratnya diumbar,
didedahkan… malah menjadi hiasan eksotik yang dijual belikan di publik.
Lebih dari itu, dengan kelebihan paras rupa yang
Allah beri, manusia kadang lupa diri. Terasa asyik dengan pujian dan pandangan
manusia. Tanpa ia sedar, bahawa pemberian yang datang dari Allah itu, boleh
ditarik nikmatnya pada bila-bila masa sahaja, kerana ia merupakan pinjaman dari
Sang Pemilik Mutlak. Manusia alpa!
Cuba fikirkan!
Paras yang cantik, wajah yang anggun, kulit yang
putih manis… tiba-tiba terlecur kerana leka, tergores hingga luka, atau….
tersiat kulit pada sebahagian muka kita… apakah wajah dan paras kita itu masih
dikira cantik dan anggun? Tentu sebaliknya bukan? Atau bahkan MENGERIKAN? Jika
mahu lebih menyelami maksud saya…. lihat saja wajah watak Two Face di dalam
filem superhero barat Batman. Apakah anda tidak ngeri melihat wajahnya yang
kacak, lalu bertukar wajah seperti manusia jadi-jadian yang… ah, kalian
fikirkanlah sendiri!
Ketahuilah wahai teman,
Kecantikan itu sementara. Bertasbih dan
bertahmidlah di atas kurniannya yang bersifat sementara, yang
dipinjamkan kepada kita, agar kita mensyukuri dan menggunakannya agar kita
beribadah kepadaNya. Sebagaimana pangkat, derajat dan nikmat-nikmat lainnya,
kita bakal dipertanggungjawabkan di atas nikmat yang Allah kurniakan tersebut!
Wahai Si Cantik, untuk apakah kecantikan yang diberikan kepadamu itu… kamu
gunakan? Riyak? Takabbur? Meninggi diri? Atau… untuk beribada hanya semata-mata
kepada Allah… AllahuAkbar!!!
Lihatlah Tsunami di Banda Acheh, Ribut Gred di
Sabah, Taufan Kathrina di AS, Banjir alam baru-baru ini di Kelantan, dan
musibah-musibah alam lainnya di muka bumi! Perhatikanlah dengan seksama, adakah
yang lebih hebat dari Allah Azza Wajallah?
Fikir sejenak, dan bermuhasabahlah. Terasa hebat
dengan kekayaan? Terasa bangga dengan kedudukan? Terasa asyik dengan
kecantikan?
Beristighfarlah. Mintalah pengampunan dari Allah,
kerana sesungguhnya apa yang kekal hanyalah Allah.
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan
mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi
Maha Besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan