Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Sabtu, Mac 24, 2012

Tentang Waktu



Waktu adalah sebuah hitungan yang selalu berganti
Waktu boleh memisahkan kita dari seseorang yang kita cintai


Tapi waktu jualah yang bisa mempertemukan kita dengan seseorang yang belum pernah kita sedari dalam hidup ini


Setiap waktu boleh mengubah nasib seseorang


Waktu bagaikan roda-roda berputaran
Kadang kita berada di atas 
Kadang kita berada di bawah


Tapi ingatlah sekejam-kejamnya waktu dan sebaik-baiknya waktu pada kita


Keran waktu adalah ciptaan Allah yang selalu mengingatkan kita pada hari akhir yang belum tentu waktunya


Berubah diri kita sebelum waktu mengubah kita dengan seenaknya...




Ambillah waktu untuk BERMUHASABAH, karena itulah KESEMPATAN MENGENAL DIRI.  
Ambillah waktu untuk BERFIKIR, karena itulah SUMBER KEKUATAN. 
Ambillah waktu untuk MEMBACA, karena itulah DASAR KEBIJAKSANAAN. 
Ambillah waktu untuk BERMAIN, karena itulah RAHASIA UNTUK TETAP MUDA. 
Ambillah waktu untuk BERDERMA, karena itulah KESEMPATAN MENOLONG ORANG LAIN. 
Ambillah waktu untuk TERTAWA, karena itulah MUZIK BAGI JIWA. 

Sabtu, Mac 17, 2012

♥ 13 Bukti Allah SWT Mencintai Kita ♥




1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah,
ketahuilah Allah menyintai kita.

2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.

3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.

4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.

5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.

6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.

7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.


8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.

9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.


10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.


11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan


12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.

13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.

Jumaat, Februari 10, 2012

Ukay's Kita Akan Di Jemput Pulang


Ukay's Kita Akan Di Jemput Pulang




Fahami dan hayatilah makna dari sebalik lagu ini. Selamat mencari rezeki dan.. INGAT 5 SEBELUM 5!!

Rabu, Februari 08, 2012

SIFAT WANITA DAN LELAKI YANG PERLU DIKETAHUI






Lima sifat wanita yang disukai lelaki :


Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.


Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.

Bijak berbiara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.

Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.

Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

Jumaat, Februari 03, 2012

Keutamaan Wanita Yang Perlu Diketahui


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, Baginda S.A.W. menjawab,"Ibu lebih penyayang daripada si ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails