Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 28, 2012

Berfikir Sekarang!

 

Ambil sebatang pen  dan sehelai kertas kemudian tulis,
‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’
Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh  memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?
Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang…
Sebagai contoh, Luqman Al Hakim seorang tokoh Islam yang terkenal dengan kealiman dan kebaikan sikap anak2nya. Menyedari hakikat ini, seorang bertanya:
“Wahai Luqman, bagaimanakah kamu mendidik anak2 kamu sehingga mereka menjadi begitu soleh?”
Luqman lalu menjawab: “Saya mendidik mereka sebelum mereka lahir lagi..”
Penanya: “Bagaimana mendidik mereka sebelum mereka lahir?”
Luqman: “Saya didik diri saya sendiri sebagaimana saya nak anak saya sedemikian!”
Begitulah lebih kurang pertuturan mereka. Lihat! Apa yang dilakukan oleh Luqman? Beliau sudah mula memikirkan tentang sifat2 anaknya sebelum beliau berkahwin lagi. Beliau mendidik diri sendiri, melakukan perkara yang memberi manfaat kepadanya di masa depan. Bagaimana pula dengan kita? Berfikir dan bertindaklah sekarang!
“All It Takes Is Action And Action Builds Confidence”

Khamis, Mac 29, 2012

Seseorang

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. ••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. ••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya. ••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. ••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. ••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

Sabtu, Mac 24, 2012

Tentang Waktu



Waktu adalah sebuah hitungan yang selalu berganti
Waktu boleh memisahkan kita dari seseorang yang kita cintai


Tapi waktu jualah yang bisa mempertemukan kita dengan seseorang yang belum pernah kita sedari dalam hidup ini


Setiap waktu boleh mengubah nasib seseorang


Waktu bagaikan roda-roda berputaran
Kadang kita berada di atas 
Kadang kita berada di bawah


Tapi ingatlah sekejam-kejamnya waktu dan sebaik-baiknya waktu pada kita


Keran waktu adalah ciptaan Allah yang selalu mengingatkan kita pada hari akhir yang belum tentu waktunya


Berubah diri kita sebelum waktu mengubah kita dengan seenaknya...




Ambillah waktu untuk BERMUHASABAH, karena itulah KESEMPATAN MENGENAL DIRI.  
Ambillah waktu untuk BERFIKIR, karena itulah SUMBER KEKUATAN
Ambillah waktu untuk MEMBACA, karena itulah DASAR KEBIJAKSANAAN
Ambillah waktu untuk BERMAIN, karena itulah RAHASIA UNTUK TETAP MUDA
Ambillah waktu untuk BERDERMA, karena itulah KESEMPATAN MENOLONG ORANG LAIN
Ambillah waktu untuk TERTAWA, karena itulah MUZIK BAGI JIWA

Khamis, Januari 26, 2012

Ombak Rindu Keinsafan

Sama-sama kita berkongsi ...
Aku tahu aku bukan lah baik.. tapi aku akan berusaha untuk jadi lebih baik.. doakan semoga aku termasuk dalam golongan yang baik-baik belaka.



TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU

TUHAN aku tahu byk dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU

ALLAH..ampunkanlah hamba-MU (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


Rabu, Januari 25, 2012

Jangan menyombong diri

Jangan menyombong diri by OnezPhotography
Jangan menyombong diri, a photo by OnezPhotography on Flickr.


Via Flickr:
1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Ahad, Disember 25, 2011

Banyak bersabar





Kita kena banyak bersabar, sometimes kita mungkin ada kesilapan atau kelemahan yang perlu dibaiki yang kita sendiri tak perasan,
Kita selalu kena munasabah diri kita, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat kita setiap musibah yang berlaku...
kita kena menilai balik setiap musibah yang berlaku..mesti ada setiapnya ada sebab munasabahnya...

Ahad, November 13, 2011

Belajar melupakannya


Pesanan penaja :
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.Soal cinta adalah soal hati. Ia juga mungkin soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.. Cinta tidak selalunya bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwinin orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Melupakan seseorang yang di sayangi amatlah sukar. Cinta seseorang akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.



Selasa, November 08, 2011

Hikmah disebaliknya


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati

p/s : Allah itu maha mengatur.percaya atau tidak serumit apa pun kejadian kehidupan kita,jika berpegang bhw itu yg terbaik,kita akan sentiasa tetap tersenyum puas!
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”



Isnin, November 07, 2011

'I’m not going to be bitter, I’m going to be better'

Selamat Pagi Semua ...

Hidup kita singkat di dunia ini,  bangunlah pagi dengan penuh keceriaan
dan jangan bangun pada waktu pagi dengan kekesalan , kekesalan yang lepas ..
Mulakan di waktu pagi dengan penuh harapan yang pasti tanpa ada seribu penyesalan..
Pergilah dengan yakin dalam arah impian anda. Hiduplah kehidupan yang anda telah bayangkan ...

Jangan bandingkan kehidupan anda kepada orang lain kerana anda tidak tahu apa perjalanan kehidupan yang mereka lalui..

Setiap hari mungkin tidak bagus, tetapi terdapat sesuatu kebaikan dalam setiap hari
Jika suata masa apabila anda percaya semuanya berakhir tetapi sebenarnya itulah suatu permulaan yang baru ..
Katakan pada diri anda
'I’m not going to be bitter, I’m going to be better'

Bak kata orang
Jika anda tidak boleh terbang maka berlarilah,
Jika anda tidak boleh berlari kemudian berjalan,
Jika anda tidak boleh berjalan kemudian merangkak
Tetapi walau apa pun anda buat, anda perlu

MAJULAH KE HADAPAN..






Selasa, Oktober 18, 2011

Anda di Mata orang Lain



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita





Ahad, Oktober 16, 2011

Jangan nak berlagak

Terdapat ramai dari kita yang bijak pandai di dunia ini. Bukan tu je. Ramai juga yang mengaku bijak pandai tapi sebenarnya takdelah bijak sangat pun. Jadi, pandai sangatkah kita berdasarkan situasi dibawah ni:-

Jumaat, Oktober 14, 2011

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

Selasa, September 20, 2011

Buatmu untukku




Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan ...dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu

sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.

sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH...

Jumaat, September 09, 2011

KENAPA AKU DIUJI?

Berikut ini kiriman dari seorang sahabat... semoga kita semakin semangat dalam menjalani setiap episode kehidupan yang dipersembahkan-Nya dengan segala cinta... 

Ahad, Ogos 28, 2011

28 Ramadhan 1432H , 28 Ogos 2011


Assalammualaikum...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat aku menghirup udara segar di Shah Alam.. Tiba-tiba hari ni terasa nak update blog aku yang dah lama bersarang ni... hahah

Hari ini adalah hari terakhir aku berada di Shah Alam di bulan ramadhan tahun ini.. kalau umur ku masih dipanjangkan lagi , InsyaAllah dapat lagi aku kembali ke Shah Alam ini.. Sebentarnya lagi aku akan bertolak pulang menuju ke stesen bus seksyen 17 , dan perjalanan pulang ku ke Shah Alam - Kuala Terengganu jam 9.30mlm.. nampak nya malam ni x sempat la aku nak bersolat jemaah sunat terawih, malam ini adalah malam terakhir sunat terawih.. terasa sedih juga tak dapat tunai kan solah terawih yang last ni secara berjemaah.. InsyaAllah kalau sempat aku akan bersolat solo di mana2 hentian bus akan berhenti ...

Mengenai puasa kali ini, banyak dugaan yang aku terpaksa lalui..maklumlah umur dah makin meningkat dan tanggungjawab aku sebaik seorang pelajar, pekerja dan yang paling penting tanggungjawab aku kat famili aku.. Aku akan cuba jadi seorang anak yang baik kat ma n abah aku, .. rasanya tak sabar nak balik kampung, tapi cuma sedih sedikit sebab tahun ni dapat balik kampung pun last2 ramadhan... x sempat nak rasa berbuka sama-sama satu keluarga... mesti syoknya dapat makan satu famili.. kadang-kadang teringin nak makan ayam percik terengganu, bubuk lambuk .. rindu plak zaman-zaman dulu...
tp tahun ini seingat aku 4 kali je aku pi bazaar ramadhan... tapi setiap kali aku pi bazaar mesti aku teringgat kisah dulu2 yang aku pernah jadi seorng penjual air , martabak, nasi ayam ,nasi tomato , daging bakar, roti john ... bli ada je abg yang jual martabak sebut " martabak dua , 5 ringgit" teringat aku kisah aku jual martabak sampai abis ketika bazaar tahun lps... msti martabak tu abis dijual.. aku paham perasaan seorang penjual.. yang seronoknya barang kita dapat dijual tapi paling best nya abis dan orang kata sedap... tp kini semua tu tinggal kenangan.. hari ini dah 28 ramadhan .. aku pergi bazaar , semua yang aku beli makanan yang aku pernah menjual dulu... banyak gak nak makan ni.. makan pun sorang2 hari ni.. hahah.. terasa sedih gak.. tapi beberapa jam lagi dah nak balik kampung.. mesti kena gembira... hahah.. Kenapalah ramadhan kali banyak mengukir kisah-kisah lalu, betul-betul menguji ketabahan aku, semalam 27 ramadhan, aku solat terawih di Pusat Islam Uitm, teringat zaman-zaman 5 tahun aku berada di Uitm.. Zaman aku bersama-sama dengan Ombak 10, rindu kat member-member ombak10 yang kami bersama-sama menempuh suka duka pahit manis gembira kecewa .. macam macam yang kami lalui.. rindunya kat korang... tapi bila pergi ke PI , cuma syaf sahaja ..kalau dulu-dulu ramai student Uitm tapi kali ni sunyi .. maklumlah budak2 Universiti senorok bercuti panjang..  Kalau dulu di PI, banyak benda paling best time puasa ni, kat sini lah aku dapat makan n berbuka bersama Yang DiPertuan Agong, dapat kuih raya, duit raya pun aku dapat... Sultan Selangor pun aku pernah rasa makan bersama.. terasa bertuahnya pun ada... tapi semua itu memori ku 5 tahun yang lalu...

Time aku nak cari baju melayu raya, seronok nya aku tengok satu famili tu bershoping bersama-sama mak ayah... teringat zaman kanak2 dulu, memang seronok kalau dapat beli baju raya bersama-sama famili tapi kali ini berseorangan je.. rindunya waktu tuu...

Kalau nak bercerita, banyak lagi tak dapat aku nak kongsikan ramadhan kali ini... nampaknya waktu berbuka dah hampir, kalau di panjangkan umor dapat lagi aku berceloteh di sini..

Akhir kata aku ingin memohon maaf kepada semua salah silapku... 
Aku minta maaf... 
Aku minta maaf... 

Aku minta maaf 
Semua...






Khamis, Mac 03, 2011

Jangan bersedih lagi...


Kesedihan? Kepiluan? Apa itu...? 
Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. 
Kenapa perlu bersedih? 
Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Kesedihan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam hidup... betulkan??  Kita memang tidak akan dapat melarikan diri daripadanya, Semua orang akan hadapinya.. Tapi dengan menyedari hakikat ini sepenuhnya, anda akan dapat mengatasi perkara ini dan memulihkan keadaan dengan lebih cepat.
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..Kesedihan sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang berguna terhadap matlamat spiritual dan boleh memecah corak pemikiran dan tabiat yang kuno dan tidak produktif.
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan? Perlukah kesedihan itu dipendam?
Apa kesannya? Baik atau buruk?
Berikan sebabnya..
Fikirkan....



(budak kecik pun tau sedih...)
Selain itu kesedihan juga merupakan ubat penawar jiwa dan minda, memecahkan banyak halangan yang biasanya merentangi diantara manusia dan desakan spiritual hebat yang terdapat di dalam dirinya. Jadilah seperti besi halus yang telah dibakar dan dilebur berulang-ulang kali tetapi ia menjadi lebih hebat dan bukannya lebur di dalam kesengsaraan.
'Kesedaran Infiniti’ akan menjadi jelas kepada kita ketika mengalami kesedihan yang amat sangat.
Doa amat berkesan,membawa hasil spiritual yang positif dan ketenangn.Kesedihan boleh menjadi kuasa yang hebat kepada kebaikan apabila ia bertukar menjadi tindakan konstruktif yang mengubah cara hidup seseoran seperti orang-orang yang berdosa telah menjadi baik, penagih telah berubah dan orang yang gemarkan kemasyhuran dan kemegahan telah menyedari perlunya perasaan rendah diri.sesetengah individu yang telah mengalami kesedihan dan kepiluan kerana kehilangan orang yang dicintai biasanya akan membantu orang lain yang juga mengalami kesedihan sedemikian.
Allah Maha Bijaksana telah memberikan kita kemampuan merasai kesedihan untuk memastikan kita agar menggunakan kelebihan dan kemuliaan kita secara sederhana dan bijaksana.



Manusia yang abnormal,penjenayah,orang yang suka menyeksa orang lain,bersifat seperti binatang, bebal mungkin memiliki kecerdasan yang hebat tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk merasa sedih.
Jika anda mempunyai kemampuan merasa sedih yang hebat, anda juga memiliki kemampuan menjadi pintar yang berpotensi dengan syarat, anda memahami kesedihan sebagai satu sumber displin bukannya perantaraan belas kasihan diri.
Sesetengah orang kata ,hasil-hasil kerja keseniaan dan sains tamadun yang paling hebat terhasil pada ketika penciptanya mengalami kesedihan.

Secara individu, kesedihan membantu manusia maju.
Masalah dan kesengsaraan juga menyebabkan rasa kemanusiaan menjadi rapat,memperbaharui semula semangat bantu-membantu dan panduan sesama manusia,
Di dalam kesedihan,anda akan menemui kuasa keberanian yang hebat dan kepercayaan untuk membantu anda mengatasi dugaan dan kesengsaraan di dalam kehidupan seharian.
Anda boleh menangani jerangkap belas kasihan diri sendiri (self-pity) dan menemui seseorang yang mengalami penyebab kesedihan yang lebih hebat daripada diri sendiri dengan membantunya menghadapi kesedihan itu dengan berani dan mengawalnya,anda akan dapati kesedihan anda sendiri telah lebur di dalam kehangatan kecintaan atau kasih sayang anda terhadap orang lain.
Kesedihan sama juga seperti kesengsaraan dan kekalahan mempunyai biji benih kegembiraan yang sama rata. Carilah biji benih tersebut sehingga anda menjumpainya. Kemudian jagailah ia,bantulah ia berkembang dan menukarkan kesedihan kepada kegemilangan

Apabila kita sedih,kita menjadi lebih jelas dan peka tentang perkara yang berlaku dalam hidup…yang sepatutnya dah lama kita elakkan kan..
walaupun kita tahu buruknya tapi kita nafikan…
dan kesedihan mengajar kita lebih tabah dan menemui orang yang sememangnya patut berada di sisi kita sewaktu susah…bukan waktu senang saja…
saya sayang kamu semua (kamu tahu siapa diri kamu)

Thanks Forever !!


Khamis, Februari 24, 2011

Saya Rindu Awak...


Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.



Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.



Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.



Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.



Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.



Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.



Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.



Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah
 
 
**Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....
_________________________________
halaqah.net

Khamis, Februari 17, 2011

Lilin Harapan


Ketika kita sedang dalam suatu masalah
Ketika kita merasa tak ada satu pintu pun terbuka, tak ada satu jalan pun ditempuh atau tak ada satu pun cahaya yang kan menerangi,

Maka….. yakin lah Sahabat bahwa ” Sebuah Lilin Harapan Kan Menyala…..
Renungkanlah………. :)
Ada Empat Lilin yang Menyala
Sedikit demi sedikit meleleh habis
Suasana begitu sunyi senyap, terdengarlah percakapan mereka..
Satu Lilin berkata ” Akulah ‘DAMAI‘, tapi manusia tak mampu menjaga, maka lebih baik aku mematikan diriku saja…”. Demikianlah  sedikit demi sedikit sang lilin itu pun padam.
Lilin kedua pun berkata ” Akulah ‘IMAN‘, sayang aku tak berguna lagi, manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya lagi aku tetap menyala…”. Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih Lilin ketiga pun berkata pula ” Aku adalah ‘CINTA‘, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala, manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya…”. Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.
Tanpa terduga,
Seorang anak masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga lilin telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata ” Ekh apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!! “
Lalu ia pun menangis tersedu-sedu….
Lalu dengan terharu lilin keempat berkata ” Jangan takut, Janganlah menangis. Selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya….”
“Akulah ‘HARAPAN‘…”
Dengan mata berbinar, sang anak mengambil lilin ‘HARAPAN’ , lalu ia menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.


Apa yang tidak pernah mati hanyalah ‘HARAPAN’ yang ada dalam hati kita…..Dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali ‘IMAN’, ‘DAMAI’, ‘CINTA’ dengan ‘HARAPAN’ -nya !!!……….. ;)

Jumaat, Februari 11, 2011

Kecantikan Paras Itu Hanyalah Senipis Kulit



Pernah dengarkah yang kecantikan paras itu hanyalah senipis kulit?
Kalimat yang terpapar di wall facebook seorang teman. Membuat kepala saya angguk tanda setuju dengan persoalan tersebut. Kecantikan merupakan sesuatu yang abstrak pada pandangan manusia. Walaupun kadangkala ianya sesuatu yang objektif mengikut standarisasinya tersendiri di kalangan para pencinta keanggunan dan kecantikan. Untuk siapa? Cantik tentu tidak ditujukan kepada lelaki, justeru wanita!
Kecantikan merupakan suatu anugerah. Ramai wanita yang cantik… lupa bahawa kecantikan yang diberikan kepadanya bukan untuk dibangga-banggakan. Sehingga ia lupa maksud penciptaan. Auratnya diumbar, didedahkan… malah menjadi hiasan eksotik yang dijual belikan di publik.
Lebih dari itu, dengan kelebihan paras rupa yang Allah beri, manusia kadang lupa diri. Terasa asyik dengan pujian dan pandangan manusia. Tanpa ia sedar, bahawa pemberian yang datang dari Allah itu, boleh ditarik nikmatnya pada bila-bila masa sahaja, kerana ia merupakan pinjaman dari Sang Pemilik Mutlak. Manusia alpa!

Cuba fikirkan!
Paras yang cantik, wajah yang anggun, kulit yang putih manis… tiba-tiba terlecur kerana leka, tergores hingga luka, atau…. tersiat kulit pada sebahagian muka kita… apakah wajah dan paras kita itu masih dikira cantik dan anggun? Tentu sebaliknya bukan? Atau bahkan MENGERIKAN? Jika mahu lebih menyelami maksud saya…. lihat saja wajah watak Two Face di dalam filem superhero barat Batman. Apakah anda tidak ngeri melihat wajahnya yang kacak, lalu bertukar wajah seperti manusia jadi-jadian yang… ah, kalian fikirkanlah sendiri!

Ketahuilah wahai teman,
Kecantikan itu sementara. Bertasbih dan bertahmidlah di atas kurniannya yang bersifat sementara, yang dipinjamkan kepada kita, agar kita mensyukuri dan menggunakannya agar kita beribadah kepadaNya. Sebagaimana pangkat, derajat dan nikmat-nikmat lainnya, kita bakal dipertanggungjawabkan di atas nikmat yang Allah kurniakan tersebut! Wahai Si Cantik, untuk apakah kecantikan yang diberikan kepadamu itu… kamu gunakan? Riyak? Takabbur? Meninggi diri? Atau… untuk beribada hanya semata-mata kepada Allah… AllahuAkbar!!!
Lihatlah Tsunami di Banda Acheh, Ribut Gred di Sabah, Taufan Kathrina di AS, Banjir alam baru-baru ini di Kelantan, dan musibah-musibah alam lainnya di muka bumi! Perhatikanlah dengan seksama, adakah yang lebih hebat dari Allah Azza Wajallah?

Fikir sejenak, dan bermuhasabahlah. Terasa hebat dengan kekayaan? Terasa bangga dengan kedudukan? Terasa asyik dengan kecantikan?
Beristighfarlah. Mintalah pengampunan dari Allah, kerana sesungguhnya apa yang kekal hanyalah Allah.
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar

Jumaat, November 19, 2010

Kisah Cinta yang sedih..

Cerita sedih sepasang kekasih

Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yangg lelaki tu namanya Razak (bukan nama sebenar),yg perempuan tu nama Fatimah (pun bukan nama sebenar). Razak ni panggil fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil Razak ni 'abang' je.Diorang ni dah memang rapat lah, lagi pun Razak ni lagi tua drpd Imah 2 tahun.
Nak dipendekkan cerita.. macam ni je la..


............................................................


Entah macam mana, mereka kena berpisah dalam jangka masa 3 tahun. Razak tu kena pergi UK .Jauh daripada Imah. Lama gak tuh...Imah ini kesepianlah kat Malaysia.Sejak sudah berpisah agak lama.. Imah terasa sunyi dan bosna tinggal umah keseorangan. Setelah 6 bulan Razak pergi UK, Imah terasa dirinya kesunyian teramat sangat. Imah pun keluarlah bersiar-siar di bandar kota raya.. Tiba Imah terserempaklah dengan seorang jejaka yang begitu tampan yang bernama Kamarul. Mula Imah dengan Kamarul berkawan sahaja, Kamarul selalu ajak Imah keluar makan sama-sama, pergi makan satay, main bowling. Entah macam mana, hati Imah ini dah terpaut lak kat Kamarul nih... Maka hilanglah bayang-bayang Razak daripada hati Imah..


...............................................
..............................................

Setelah genaplah 3 tahun.. Razak pun pulang ke tanahair tercinta. Beria-rialah Razak ni nak jumpa Imah. Razak tidak bagi tahu Imah bahawa dia dah sampai ke Malaysia. Dia nak buat 'suprise'. Belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dan Kamarul bersama-sama dekat satu restoran. Mesranya mereka berdua.Maka berderailah jiwa raga Razak.. Sedihnya hati Razak apabila tengok benda tu depan matanya..Tidak lalu makan. 


Nak dipendekkan cerita lagi
............


Imah keluarlah bersama-sama rakannya dan sembang .. Ntah macam mana dia dapat tahu Kamarul itu sebenar sudah jadi suami orang. Imah pun kecewa dengar hal itu...Menangis 2 hari 3 malam... Lepas itu terfikirlah dia pada Razak, buah hati yang duluMasa tu dia belum tahu lagi Razak ni dah balik. 


.................................................



Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. Dia pergilah rumah Imah. Muka razak masam.. Imah tanya kenapa razak bermuka masam kerana sebelum ini Razak tidak pernah bermasam muka dekat Imah.
Razak cakap.."Susah lah.. aku dah tahu apa yang engkau buat masa sepeninggalanku, engkau curang dengan aku" 


Imah terperanjat... kenapa Razak berbahasa dengan dia sebegini rupa tapi dia menjawab  "Err bila masa lak nih.. Imah setia apa...Imah setia kat abang" kata Imah 


Razak berkata...Tersedu-sedu.. "Aku sudah tahu perhubunganmu dgn Kamarul..." 
Imah terdiam... 
"Tamatlah perhubungan kita disini sahaja..." tambah Razak. 


Razak pun ambil gitar kesayangannya yang dibeli di UK 

Razak pun berkata "Dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."

Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yang sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it 
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...




If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror


I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart



Suara Razak terus mendayu-dayu....



"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"





Razak ulangi phrase yg sama.......
Imah terdiam...
walaupun Air mata imah masih mengalir...Razak teruskan nyanyinya...




My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"






Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk Imah itu...
Tiba-tiba mulut imah berkata ... 
"Abang, imah nak beritahu abang sesuatu" 
"Katakan lah duhai imah" jawab Razak dengan suara perlahan... 


"Err...... err..." kata imah dalam keadaan bersalah...


"Katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...


Perlahan-lahan.. imah berkata

"Abang..."
"Sebenarnya... imah tak faham bahasa Inggeris..."







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails