Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Isnin, November 07, 2011

'I’m not going to be bitter, I’m going to be better'

Selamat Pagi Semua ...

Hidup kita singkat di dunia ini,  bangunlah pagi dengan penuh keceriaan
dan jangan bangun pada waktu pagi dengan kekesalan , kekesalan yang lepas ..
Mulakan di waktu pagi dengan penuh harapan yang pasti tanpa ada seribu penyesalan..
Pergilah dengan yakin dalam arah impian anda. Hiduplah kehidupan yang anda telah bayangkan ...

Jangan bandingkan kehidupan anda kepada orang lain kerana anda tidak tahu apa perjalanan kehidupan yang mereka lalui..

Setiap hari mungkin tidak bagus, tetapi terdapat sesuatu kebaikan dalam setiap hari
Jika suata masa apabila anda percaya semuanya berakhir tetapi sebenarnya itulah suatu permulaan yang baru ..
Katakan pada diri anda
'I’m not going to be bitter, I’m going to be better'

Bak kata orang
Jika anda tidak boleh terbang maka berlarilah,
Jika anda tidak boleh berlari kemudian berjalan,
Jika anda tidak boleh berjalan kemudian merangkak
Tetapi walau apa pun anda buat, anda perlu

MAJULAH KE HADAPAN..






Selasa, Oktober 18, 2011

Anda di Mata orang Lain



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita





Isnin, Oktober 17, 2011

Bila Lelaki Betul-betul Serius Dalam Percintaan



Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Ahad, Oktober 16, 2011

Jangan nak berlagak

Terdapat ramai dari kita yang bijak pandai di dunia ini. Bukan tu je. Ramai juga yang mengaku bijak pandai tapi sebenarnya takdelah bijak sangat pun. Jadi, pandai sangatkah kita berdasarkan situasi dibawah ni:-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails