Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Isnin, Februari 28, 2011

What are words?

Masa sibuk aku layan youtube nie.. .. saje nak try layan lagu orang putih plak.. member aku cadang lagu nie dari american idol... layan punya layan... perg.. leh jadi lagu fav lak nie..hahah..
korang x caya dengar la lagu nie...


 

Anywhere you are, I am near


Anywhere you go, I’ll be there

Anytime you whisper my name, you’ll see

How every single promise I keep

Cause what kind of guy would I be

If I was to leave when you need me most



What are words

If you really don’t mean them

When you say them

What are words

If they’re only for good times

Then they don’t

When it’s love

Yeah, you say them out loud

Those words, They never go away

They live on, even when we’re gone


And I know an angel was sent just for me

And I know I’m meant to be where I am

And I’m gonna be

Standing right beside her tonight





And I’m gonna be by your side

I would never leave when she needs me most



What are words

If you really don’t mean them

When you say them

What are words

If they’re only for good times

Then they don’t

When it’s love

Yeah, you say them out loud

Those words, They never go away

They live on, even when we’re gone



Anywhere you are, I am near

Anywhere you go, I’ll be there

And I’m gonna be here forever more

Every single promise I keep

Cause what kind of guy would I be

If I was to leave when you need me most



I’m forever keeping my angel close




Khamis, Februari 24, 2011

Saya Rindu Awak...


Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.



Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.



Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.



Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.



Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.



Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.



Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.



Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah
 
 
**Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....
_________________________________
halaqah.net

Khamis, Februari 17, 2011

Lilin Harapan


Ketika kita sedang dalam suatu masalah
Ketika kita merasa tak ada satu pintu pun terbuka, tak ada satu jalan pun ditempuh atau tak ada satu pun cahaya yang kan menerangi,

Maka….. yakin lah Sahabat bahwa ” Sebuah Lilin Harapan Kan Menyala…..“
Renungkanlah………. :)
Ada Empat Lilin yang Menyala
Sedikit demi sedikit meleleh habis
Suasana begitu sunyi senyap, terdengarlah percakapan mereka..
Satu Lilin berkata ” Akulah ‘DAMAI‘, tapi manusia tak mampu menjaga, maka lebih baik aku mematikan diriku saja…”. Demikianlah  sedikit demi sedikit sang lilin itu pun padam.
Lilin kedua pun berkata ” Akulah ‘IMAN‘, sayang aku tak berguna lagi, manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya lagi aku tetap menyala…”. Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih Lilin ketiga pun berkata pula ” Aku adalah ‘CINTA‘, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala, manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya…”. Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.
Tanpa terduga,
Seorang anak masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga lilin telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata ” Ekh apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!! “
Lalu ia pun menangis tersedu-sedu….
Lalu dengan terharu lilin keempat berkata ” Jangan takut, Janganlah menangis. Selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya….”
“Akulah ‘HARAPAN‘…”
Dengan mata berbinar, sang anak mengambil lilin ‘HARAPAN’ , lalu ia menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.


Apa yang tidak pernah mati hanyalah ‘HARAPAN’ yang ada dalam hati kita…..Dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali ‘IMAN’, ‘DAMAI’, ‘CINTA’ dengan ‘HARAPAN’ -nya !!!……….. ;)

Jumaat, Februari 11, 2011

Kecantikan Paras Itu Hanyalah Senipis Kulit



Pernah dengarkah yang kecantikan paras itu hanyalah senipis kulit?
Kalimat yang terpapar di wall facebook seorang teman. Membuat kepala saya angguk tanda setuju dengan persoalan tersebut. Kecantikan merupakan sesuatu yang abstrak pada pandangan manusia. Walaupun kadangkala ianya sesuatu yang objektif mengikut standarisasinya tersendiri di kalangan para pencinta keanggunan dan kecantikan. Untuk siapa? Cantik tentu tidak ditujukan kepada lelaki, justeru wanita!
Kecantikan merupakan suatu anugerah. Ramai wanita yang cantik… lupa bahawa kecantikan yang diberikan kepadanya bukan untuk dibangga-banggakan. Sehingga ia lupa maksud penciptaan. Auratnya diumbar, didedahkan… malah menjadi hiasan eksotik yang dijual belikan di publik.
Lebih dari itu, dengan kelebihan paras rupa yang Allah beri, manusia kadang lupa diri. Terasa asyik dengan pujian dan pandangan manusia. Tanpa ia sedar, bahawa pemberian yang datang dari Allah itu, boleh ditarik nikmatnya pada bila-bila masa sahaja, kerana ia merupakan pinjaman dari Sang Pemilik Mutlak. Manusia alpa!

Cuba fikirkan!
Paras yang cantik, wajah yang anggun, kulit yang putih manis… tiba-tiba terlecur kerana leka, tergores hingga luka, atau…. tersiat kulit pada sebahagian muka kita… apakah wajah dan paras kita itu masih dikira cantik dan anggun? Tentu sebaliknya bukan? Atau bahkan MENGERIKAN? Jika mahu lebih menyelami maksud saya…. lihat saja wajah watak Two Face di dalam filem superhero barat Batman. Apakah anda tidak ngeri melihat wajahnya yang kacak, lalu bertukar wajah seperti manusia jadi-jadian yang… ah, kalian fikirkanlah sendiri!

Ketahuilah wahai teman,
Kecantikan itu sementara. Bertasbih dan bertahmidlah di atas kurniannya yang bersifat sementara, yang dipinjamkan kepada kita, agar kita mensyukuri dan menggunakannya agar kita beribadah kepadaNya. Sebagaimana pangkat, derajat dan nikmat-nikmat lainnya, kita bakal dipertanggungjawabkan di atas nikmat yang Allah kurniakan tersebut! Wahai Si Cantik, untuk apakah kecantikan yang diberikan kepadamu itu… kamu gunakan? Riyak? Takabbur? Meninggi diri? Atau… untuk beribada hanya semata-mata kepada Allah… AllahuAkbar!!!
Lihatlah Tsunami di Banda Acheh, Ribut Gred di Sabah, Taufan Kathrina di AS, Banjir alam baru-baru ini di Kelantan, dan musibah-musibah alam lainnya di muka bumi! Perhatikanlah dengan seksama, adakah yang lebih hebat dari Allah Azza Wajallah?

Fikir sejenak, dan bermuhasabahlah. Terasa hebat dengan kekayaan? Terasa bangga dengan kedudukan? Terasa asyik dengan kecantikan?
Beristighfarlah. Mintalah pengampunan dari Allah, kerana sesungguhnya apa yang kekal hanyalah Allah.
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar

Jumaat, November 19, 2010

Kisah Cinta yang sedih..

Cerita sedih sepasang kekasih

Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yangg lelaki tu namanya Razak (bukan nama sebenar),yg perempuan tu nama Fatimah (pun bukan nama sebenar). Razak ni panggil fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil Razak ni 'abang' je.Diorang ni dah memang rapat lah, lagi pun Razak ni lagi tua drpd Imah 2 tahun.
Nak dipendekkan cerita.. macam ni je la..


............................................................


Entah macam mana, mereka kena berpisah dalam jangka masa 3 tahun. Razak tu kena pergi UK .Jauh daripada Imah. Lama gak tuh...Imah ini kesepianlah kat Malaysia.Sejak sudah berpisah agak lama.. Imah terasa sunyi dan bosna tinggal umah keseorangan. Setelah 6 bulan Razak pergi UK, Imah terasa dirinya kesunyian teramat sangat. Imah pun keluarlah bersiar-siar di bandar kota raya.. Tiba Imah terserempaklah dengan seorang jejaka yang begitu tampan yang bernama Kamarul. Mula Imah dengan Kamarul berkawan sahaja, Kamarul selalu ajak Imah keluar makan sama-sama, pergi makan satay, main bowling. Entah macam mana, hati Imah ini dah terpaut lak kat Kamarul nih... Maka hilanglah bayang-bayang Razak daripada hati Imah..


...............................................
..............................................

Setelah genaplah 3 tahun.. Razak pun pulang ke tanahair tercinta. Beria-rialah Razak ni nak jumpa Imah. Razak tidak bagi tahu Imah bahawa dia dah sampai ke Malaysia. Dia nak buat 'suprise'. Belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dan Kamarul bersama-sama dekat satu restoran. Mesranya mereka berdua.Maka berderailah jiwa raga Razak.. Sedihnya hati Razak apabila tengok benda tu depan matanya..Tidak lalu makan. 


Nak dipendekkan cerita lagi
............


Imah keluarlah bersama-sama rakannya dan sembang .. Ntah macam mana dia dapat tahu Kamarul itu sebenar sudah jadi suami orang. Imah pun kecewa dengar hal itu...Menangis 2 hari 3 malam... Lepas itu terfikirlah dia pada Razak, buah hati yang dulu. Masa tu dia belum tahu lagi Razak ni dah balik. 


.................................................



Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. Dia pergilah rumah Imah. Muka razak masam.. Imah tanya kenapa razak bermuka masam kerana sebelum ini Razak tidak pernah bermasam muka dekat Imah.
Razak cakap.."Susah lah.. aku dah tahu apa yang engkau buat masa sepeninggalanku, engkau curang dengan aku" 


Imah terperanjat... kenapa Razak berbahasa dengan dia sebegini rupa tapi dia menjawab  "Err bila masa lak nih.. Imah setia apa...Imah setia kat abang" kata Imah 


Razak berkata...Tersedu-sedu.. "Aku sudah tahu perhubunganmu dgn Kamarul..." 
Imah terdiam... 
"Tamatlah perhubungan kita disini sahaja..." tambah Razak. 


Razak pun ambil gitar kesayangannya yang dibeli di UK 

Razak pun berkata "Dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."

Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yang sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it 
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...




If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror


I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart



Suara Razak terus mendayu-dayu....



"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"





Razak ulangi phrase yg sama.......
Imah terdiam...
walaupun Air mata imah masih mengalir...Razak teruskan nyanyinya...




My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"






Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk Imah itu...
Tiba-tiba mulut imah berkata ... 
"Abang, imah nak beritahu abang sesuatu" 
"Katakan lah duhai imah" jawab Razak dengan suara perlahan... 


"Err...... err..." kata imah dalam keadaan bersalah...


"Katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...


Perlahan-lahan.. imah berkata

"Abang..."
"Sebenarnya... imah tak faham bahasa Inggeris..."







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails