Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Selasa, November 16, 2010

Perihal CINTA

Kepada sesiapa yang berkenaan...

…
Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang, 
ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
 
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka… hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa
sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,tetapi jangan simpan semua rasa sakit 
jika itu yang benar-benar dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan
layak.Biarkan dia pergi dan lupakan.


NOTA**

Kamu golongan mana....?
.


Surat SAYANG untuk kamu..



a

Cerita dan kisah ini hanya rekaan semata-mata. Sekadar perkongsian dari seorang kawan untuk renungan bersama
...................................................................................................................

Inilah suratnya...
Awak...
Saya telah mengembara ke ‘hujung dunia’, mencari apa yang saya inginkan.

Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah begitu riang gembira.

Demi Tuhan, saya tidak tahu mengapa. Tapi itulah kebenarannya.

Setelah beberapa lama kita berkawan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.

Dan di saat saya begitu menyayangi awak,

Perasaan sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya.

Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.

Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari.

Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang.

Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?

Saya tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak…

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati yang pernah di kecewakan?
Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?


AWAK!!

Awak mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali.
Tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada ‘Seseorang’, seseorang yang nak saya sayangi dan satu perkahwinan…

Kita hidup sekali,mati sekali dan Menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..!!
Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak.

Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak..

Awak,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu.

Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana perasaan saya sayangkan awak,
Ini lah jawapan saya :

“Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya….

“Kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu itu saya akan buta selamanya..

dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini….’

Semuanya untuk awak…

Seseorang telah berkata,

“Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia”

Awak,
Kerana saya menyayangi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari.

Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya.
Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..

Akhir kata...

Saya doakan awk bahagia dengan hidup awak…
Saya SAYANGKAN awak...
.....................................................................................................

Kehidupan

Hidup ini adalah bagaimana kita ingin berubah dan bertahan dengan kepahitan yang kita lalui menjadi sebuah kebahagiaan dengan melewati sesebuah ujian yang berbuah menjadi kedewasaan. Percayalah dalam perjalanan hidup tidak ada yang sia-sia, semua penuh hikmah.. ;) Kehidupan bukan sekedar untuk direnungi....difikirkan... Kehidupan harus kita hadapi dan kita kalahkan kerana setiap kita adalah pemenang...Kita harus pegang kuat adalah sikap jangan menyerah untuk menjadi yang terbaik Jika kehidupan ini kita tidak menemukan apa yang kita inginkan, Bermimpilah, tApi mimpi itu jangan sampai membuaT kita mundur. Bermimpi Dan Terus berharap mimpi itu akan menjadi nyata. Tapi jika kita benar-benar tidak menemukannya, percayalah...... apapun yang ada sekarang di diri kita, Syukuri laaa Jangan pernah menyerah..berusaha hadapinya....

Rabu, November 10, 2010

Mana Yang Terbaik ??


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.



Pelajar:" cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"


Cikgu:" ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekal. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?


Pelajar:" tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi smapi di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"


Cikgu:" ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telahberjumpe seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada dihadapan kitasebaik-baiknya. JAngan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi......

**Nota
Hargailah apa yang kita ada....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails