Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Rabu, November 10, 2010

Mana Yang Terbaik ??


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.



Pelajar:" cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"


Cikgu:" ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekal. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?


Pelajar:" tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi smapi di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"


Cikgu:" ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telahberjumpe seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada dihadapan kitasebaik-baiknya. JAngan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi......

**Nota
Hargailah apa yang kita ada....

Sabtu, September 04, 2010

Raya 2010


Untuk semua nya 
Diri ini hanyalah manusia biasa 
yang tak luput dari segala khilaf dan dosa 
serta prasangka 
Di penghujung bulan yang penuh berkah ini 
saya selaku pembuat onar 
serta kesalahan memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku 
serta prasangka yang disengaja
semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini diterima oleh Nya 
dan semoga kita kembali di pertemukan dengan bulan yang penuh berkah ini.

Khamis, September 02, 2010

Koleksi Lagu Raya..


Sumber dari unwanted86



Berikut adalah lagu² yang yang unwanted86 upload special

Ada dua bahagian yang
unwanted86 upload.
Untuk mediafire,
unwanted86 kumpulkan dan buat dua volume. ( Lagu sila rujuk bahagian bawah)

Untuk volume 1, Lagu adalah bermula nyanyian Aisyah sehingga P. Ramlee.
Untuk volume 2, Lagu adalah bermula nyanyian Rafeah Buang hingga Uji Rashid.

Semestinya
unwanted86 cadangkan untuk korang download menggunakan link mediafire ini.:)

Download Link :
Koleksi Terbaik Lagu Raya : Volume 1
Koleksi Terbaik Lagu Raya : Volume 2



Untuk link di bawah,
unwanted86 upload kat ziddu. Ini untuk sesiapa yang hendak pilih lagu dan download yang dikehendaki sahaja.:)
Klik untuk download dari ziddu.



Bonus :



TERIMA KASIHD unwanted86

Khamis, Ogos 12, 2010

Magic pada FIRST RAMADHAN ..??

Hari ni dah masuk second ramadhan, Sekarang jam diPC aku menunjukkan pukul 5 pagi, waktu aku sahur... nampaknya x ada apa2 nak dimakan untuk sahur.. so aku minum air je. Bila teringat kan kisah semalam, aku rasa bertapa besar Kuasa Allah..Kisahnya bermula macam ni.. Semalam, aku menaiki Komuter untuk menuju ke KL Central dari stesen Padang Jawa,Selangor. So, aku park la moto aku di stesen Padang Jawa. Aku kunci la moto aku bermanggakan SOLEX di bahagian BREAK DISC. Aku sangat Rushing nak pi sana.. Dah la salah masuk komuter dibahagian LADIES ONLY.. Malu betul rasa nye.. terpaksa buat-buat bodoh je..Sampai di KL Central, aku cepat2 kluar dari tempat tu.. Nak dipendekkan cerita, time nak balik ke Shah Alam, aku baru perasan yang kunci moto aku terjatuh kat tempat aku duduk tadi swaktu nak pi ke KL Central.. Puas aku mencari x jumpa gak.. sampai la waktu berbuka, so aku pun berbuka dengan air sirap yang aku pau kat KFC (free je).Lepas solat maghrib, aku terus balik ke stesen padang jawa, pergh.. lama gak tunggu komuter kat Stesen Padang Jawa ni, perut dah lapar gile nie.. sabar..sabar.. Dalam komuter terpaksa plak berdiri.. penat..penat..Komuter plak asik2 offline je.. Sampai dalam pukul 9, dalam otak aku tengah pikir macam mane nak pecahkan kunci Mangga solex ni sambil2 tu try calling2 member2 minta bantuan.. tapi hampir semuanye x dapat sampai bateri dua-dua handphone aku pun dah nak habis dah. Yang member sudi tolong aku ni plak, pi solat tarawih.. terpaksa aku tunggu dia habis solat tarawih baru dapat gergaji nak potong mangga tu. Pastu terdengar la aku, kat masjid padang jawa tu buat solat tarawih.. So, aku pi la solat Isyak and sunat Tarawih 8 Rakaat.. Setiap kali abis solat, aku berdoa agar kunci mangga aku dapat buka. Abis je 8 rakaat, aku try call member2 aku.. tapi bateri dah nak abis ni.. Sedeh nye rasa.. Tiba-tiba aku ternampak la sebiji batu yang terletak berhampiran dengan moto aku, tadi sebelum aku pi solat rasa macam x ada.So aku ambil bata ni untuk ketuk mangga ni,tapi sebelum ketuk aku berselawat dan menyebut kebesaran ALLAH. Hanya 1 Kali ketuk je mangga tu dah terburai.. Tiba-tiba hati aku rasa sangat-sangat sebak.. aku x tau kenapa... ? Magicnya.. kunci Mangga Solex tu mudah sangat ke nak buka?? Bila di fikirkan.. air mata aku mengalir.. baru aku tahu.. semuanya dari pertolongan ALLAH kat aku.. kenapa tiba-tiba batu tu boleh berada disebelah moto aku.. and hanya sekali ketuk je dah boleh buka?? ke SOLEX tu low quality ke?... aku pun balik dengan selamat nya... Syukur...

Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan ... oh ... Tarawih..


Hari ini 10082010 , Kita akan menyambut Bulan Ramadhan tahun ni 2010 pada 11082010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H iaitu jatuh pada hari Rabu,InsyaAlalh kalau panjang umur dan diberi kesempatan marilah kita menyambutnya dengan hati yang gembira.Itu pun kalau panjang umur, sempatlah jumpa 1 Ramadhan. Kalau umurku lagi panjang, sempatlah habis sebulan. Kalau lebih bernasib baik, ada juga pulangan dibawa keluar selain lapar dan dahaga sahaja. Bukanlah aku nak berceramah pada sesiapa tapi pada diri sendiri juga. Elok aku ‘hadiahkan’ sedikit buah tangan pada bulan yang mulia ini moga-moga ada kesedaran pada diri sendiri dan meniup semula semangat untuk berjaya dunia akhirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails