Pengikut

Add to Facebook
Login with Facebook

Ahad, Februari 14, 2010

Hari Kasih Sayang - Valentine Day ? Ape maksudnya??





Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa besar beliau ialah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 FEBUARI 270 Masihi, begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga beliau dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14 FEBUARI disambut setiap tahun oleh rakyat Kristian Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal usul Hari Valentine:

PENDAPAT PERTAMA: Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 FEBUARI sebagai hari cuti bagi orang Juno; Ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 FEBUARI bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut,  nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannnya di sepanjang pesta berlangsung.

PENDAPAT KEDUA: menyatakan pada 14 FEBUARI 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu, Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 FEBUARI 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 FEBUARI dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

PENDAPAT KETIGA: menyatakan bahawa Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan  hasrat untuk berkahwin  dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cardova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katholik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannnya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 FEBUARI sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.
Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.



Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip agama Islam yang tidak membenarkan umat Islam meniru identiti atau cara hidup agama lain, lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan akidah Islam. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam
Surah al-Kafirun ayat 1 -6  yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.”

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?
Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

-- Fikir-fikirkan wahai sahabat --

Jumaat, Februari 12, 2010

Teknik Mengenali Tanda Pembohongan

Pembohong sememangnya memenuhi sekalian alam di muka bumi ini tanpa mengira bangsa,bahasa mahupun agama.Kadang kala kita sendiri juga tidak terlepas daripada melakukan pembohongan.Bagaimana pula jika anda menanyakan sesuatu kepada seseorang dan anda berasa was-was dengan jawapan yang diberikan.Jangan risau.,disini disediakan kepada anda tip-tip mengenal pasti orang yang anda tanyakan itu berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Khamis, Februari 11, 2010

Laman web penipu untuk menipu

 
Dikatakan Laman web yang sangat terkenal di seluruh dunia dalam meramal sesuatu perkara dengan betul dan tepat iaitu Laman web Peter Answers. Peter iaitu orang yang menjawab soalan dikatakan orang yang sangat berpengetahuan tentang orang yang mengajukan soalan kepadanya.Katakan ketika anda menanyakan soalan kepada Peter,anda sedang minum,kemudian anda menanyakan kepada Peter apa yang anda sedang buat,beliau akan menjawab jawapan anda sedang minum dengan pantasnya kepada anda.

Bijakkan.Jom kita ikuti pula sesi wawancara Onez bersama Peter:

Soalan pertama: 
Peter boleh bercakap dalam bahasa melayu juga:

Soalan Kedua:

Dia bangga diri plak dah.

Soalan ketiga:
 
 Terror.. boleh teka nama aku plak tu..

Soalan Keempat

Nampaknya peter minta bantuan emily, (adik peter) tu jawab soalan aku ni.. Betul plak tu..

Soalan Kelima

 Kembang hidung plak dia nie.. 


Soalan Keenam


Aik.. Tipu aku plak dah..

Soalan Ketujuh:


Hahahaaha... korang kena tipu juga...
Sebenarnya laman web Peter Answers ni sememangnya direka khas untuk menipu rakan-rakan anda supaya mereka percaya yang virtual Tarot ataupun Physic reader ni memang wujud.
Caranya senang sahaja..Biar saya ajarkan anda untuk menipu..haha

Jika anda perasan kat ruangan Petition pasti berbunyi begini
"Peter,Please answers this following question:

Sebenarnya di ruangan Petition sememangnya disetkan dalam bahsa inggeris...Dan di situ juga anda akan menulis jawapannya..


Caranya ialah anda mesti penaip [.](Noktah) dahulu.,
kemudian huruf ' P ' akan terpampar di skrin diruangan Petition...
Kemudian anda terus menaip jawapan di ruangan Petition itu..Anda tidak perlu risau kerana jawapan yang anda tulis tidak akan dipamerkan di skrin sebaliknya apa yang tertulis ialah peter,please answers .................

Anda tekan ENTER

Kemudian akan beralih daripada Petition ke Answers,Anda buat-buat la tulis soalan walaupun dah tau jawapannya kat depan kawan2

Kemudian tekan ENTER

secara automatiknya jawapan yang anda tulis tadi akan terpapar di ruangan jawapan Peter.
Senang bukan...

Layarilaa laman web:

http://www.peteranswers.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails